Entri Terkini »

10/06/2009

Tolong Sebarkan!!!

PEKELILING KESELAMATAN

PERHATIAN kepada seluruh MAHASISWA MALAYSIA!!!

Berikutan kejadian beberapa kes rompakan yang berlaku kepada mahasiswa Malaysia di Medan, maka PKPMI-CM membuat alternatif mengeluarkan pekeliling demi keselamatan dan keamanan seluruh mahasiswa Malaysia di Medan.

Pekeliling tersebut antara lain mengandungi:

a) Pelajar-pelajar Malaysia yang hendak ke mana-mana tempat baik di sekitar Medan mahupun di luar Medan supaya ditemani oleh kawan-kawan (sekurang-kurangnya 2 orang)

b) Pelajar-pelajar Malaysia tidak digalakkan keluar rumah setelah pukul 12 tengah malam. Jika terpaksa keluar atas urusan tertentu, jangan keluar bersendirian dan hendaklah ditemani sekurang-kurangnya 3 orang kawan.

c) Pelajar-pelajar Malaysia dinasihatkan supaya menyimpan barang-barang berharga di tempat yang selamat dan tidak membawanya ke mana-mana jika tdak ada keperluan.

d) Pelajar-pelajar Malaysia dinasihatkan supaya sentiasa memastikan rumah anda berkunci bagi mengelakkan terjadinya pencerobohan.

e) Jika anda mengalami atau melihat kejadian yang mencurigakan, sila berhubung terus ke konsulat Malaysia di talian 24 jam : +62614523992 / +62614529772

f) Setiap pelajar Malaysia bertanggungjawab ke atas keselamatan seluruh pelajar Malaysia di Medan ini tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama.  

Demikian pekeliling kami perbuatkan. Segala kerjasama dari seluruh pelajar Malaysia amat kami harapkan.

Yang benar,

AMSHAR MOHAMAD
YDP PKPMI-CM 2009


09/06/2009

Tempahan: Rakaman Audio Siri Kuliah oleh Ust Shamsuri Ahmad

Assalamualaikum wrb..

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, setelah kita berjuang selama satu semester dalam menuntut ilmu Fardhu Kifayah, akhirnya, cuti semester yang kita tunggu-tunggu hampir tiba..

Dan alangkah baiknya jika kita cuti yang kita bakal tempuhi nanti kita, kita isi dengan mendengar rakaman kuliah-kuliah agama yang membahaskan tentang ilmu Farhu Ain pula di mana, setiap dari kita yang mengaku sebagai individu muslim wajib mempelajarinya.

Alhamdulillah.. Pihak BADAR PKPMI-CM telah berjaya mengumpulkan rakaman-rakaman kuliah agama yang disampaikan oleh al-Fadhil Datuk (Ustaz) Shamsuri Bin Ahmad, di mana beliau menggunakan Kitab Bahrul Mazi, Kitab Muhimmah fi Ilmil Hadith dan Tafsir Nurul Ihsan.

Untuk sahabat-sahabat yang berminat,
sila membuat tempahan melalui email: ibnu_zukefeli@yahoo.com (Asyraf).
Tiada sebarang bayaran dikenakan.


Di sini suka saya untuk memperkenalkan sedikit latar belakang penulis kitab Bahrul Mazi iaitu Syeikh Idris al-Marbawi.

Sheikh Al-Marbawi - Tokoh Persuratan Arab-Melayu

"Allahyarham Syeikh Mohd Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi adalah seorang ulamak besar yang tidak asing lagi bukan saja di Nusantara malahan di Mesir dan Makkah terutamanya dalam bidang Bahasa Arab, Ilmu Hadis, Tafsir dan Fiqah.

Beliau telah dilahirkan pada tahun 1893 dan secara tepatnya pada tahun 28 Zulkaedah 1313 Hijrah di Makkah. Setelah lama berada di Makkah, keluarganya mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia iaitu pada tahun 1913 bersamaan tahun 1333 Hijrah. Sekembalinya ke Tanah Melayu, Allahyarham Syeikh Mohd Idris al-Marbawi mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lubuk Merbau, Perak. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di beberapa buah sekolah pondok di Kuala Kangsar, Kedah, Bukit Mertajam dan Kelantan. Sejak dari kecil lagi, al-Marbawi telah menunjukkan kemampuan akademiknya yang memberangsangkan. Ketika berusia sepuluh tahun, beliau telah menamatkan pengajian hafalan al-Quran. Ketika berusia 10 tahun juga, beliau telah mampu menghafaz sebanyak 10 juzuk Al Quran di samping beberapa buah kitab lain.

Kecenderungan ilmiah yang tertambat kukuh dalam jiwanya telah mendorong beliau menuntut ilmu di pondok-pondok yang merupakan institusi pendidikan Islam yang terpenting di alam Melayu pada ketika itu. Antaranya Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Pondok Tuan Hussain Al-Masudi, di Kedah, Pondok Syeikh Ahmad Fatani di Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan.

Melihat kepada kemampuan akademik dan minatnya kepada ilmu Islam, ayahanda beliau mengesyorkannya agar menyambung pengajian ke timur tengah sama ada ke Mesir ataupun kembali semula ke Mekah. Lalu, pada tahun 1924, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau sempat bertugas sebagai guru agama di Perak sebelum menyambung pengajiannya ke Universiti al-Azhar.

Untuk membaca keterangan lanjut, bolehlah baca di sini.

Oleh: Ibnu Zukefeli

08/06/2009

Laporan Program BAKSOS Bersama Anak-anak Yatim

MEDAN: Pada 19 April 2009 yang lalu, persatuan di bawah PM-USU, Medical Emergency Team (MET) telah mengadakan program Bakti Sosial bersama anak-anak yatim di Panti Asuhan Aceh Sepakat, Medan.

Acara utama dalam program BAKSOS ini adalah:

  • Pemeriksaan tanda vital
  • Pemeriksaan golongan darah
  • Pemeriksaan gigi
  • Penyuluhan kesihatan dan pengisian LDK


Pemeriksaan tanda vital & pemeriksaan gigi oleh pelajar Malaysia FK & FKG USU.


Latihan Dalam Kumpulan antara panitia dan anak-anak Panti Asuhan


Program ini tamat kira-kira pada jam 2 petang. PKPMI-CM mengucapkan tahniah pada PM-USU yang turut memainkan peranan dalam membantu dan memberikan sokongan pada MET dalam kejayaan program tersebut, turut diucapkan tahniah pada panitia-panitia program BAKSOS yang bertungkus-lumus dalam menyelenggara program ini.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan dengan wujudnya persatuan MET di bawah naungan PKPMI-CM supaya terus celik dengan masalah kesihatan masyarakat lingkungan terutamanya di Medan sekaligus menguatkan skill profesion yang bakal disandang oleh pelajar-pelajar Malaysia terutamanya yang mengambil bidang Kedokteran dan Kedokteran Gigi.

Ayuh Tingkatkan Kepedulian Terdahap Masyarakat Lingkungan!

04/06/2009

Jemputan Sambutan Hari Keputeraan Pelajar

Ruj : (033A) 773/10
Tarikh : 2 Jun 2009

Semua Pelajar Malaysia
Medan

Saudara/saudari,

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Dengan hormatnya dimaklumkan Majlis Sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong akan diadakan pada ;

Tarikh/Hari : 5 Jun 2008 ( Jumaat )
Masa : 6.20 ptg.
Tempat : Konsulat Jeneral Malaysia Medan
Pakaian : Smart Casual


Aturcara Majlis:

- Solat Fardu Maghrib Berjemaah
- Doa Selamat
- Ucapan Aluan Tuan Konsul Jeneral
- Jamuan Makan.

2. Sukacita semua Pelajar Malaysia adalah dijemput hadir pada majlis tersebut.

Sekian, terima kasih.


(MOHD TARMIZI MOHD TAIB)
Konsul Muda
b.p. Konsul Jeneral

s.k. 1. Tuan Konsul Jeneral
2. YDP PKPMI-CM
3. Wakil-USU
4. Wakil-IAIN
5. Wakil-UNIMED


p/s: Pihak konsulat menghantar surat jemputan melalui email PKPMI-CM. Surat jemputan yang dihantar adalah dalam bentuk format PDF untuk semua pelajar Malaysia, YDP PKPMI-CM, Pengerusi PM-USU, Pengerusi PM-UNIMED dan Pengerusi MPMM IAIN.

Semua pelajar dijemput hadir!!

03/06/2009

Promotion from MAS for Malaysian Student in Medan

First Promotion :
- Rm450 returns Medan-Kuala Lumpur (including tax)
- luggage up to 25 kg

Second Promotion :
-RM368 returns Medan-Kuala Lumpur for 1 ticket (including tax)
*you must buy 2 tickets to get this price
- opened tickets
-luggage up to 25 kg

For further information, please contact :

Amshar bin Mohamad
YDP PKPMI-CM
+6285664064696

Mohd Lokman Hamawi
Exco Penerangan dan Perhubungan PKPMI-CM
+62819853566