Entri Terkini »

07/08/2010

Pengumuman untuk Majlis Suai Kenal (MSK) 2010




06/08/2010

Adab-adab berpuasa

Assalamualaikum kepada seluruh ahli PKPMI-CM dan kepada pembaca yang beragama Islam sekalian.

Tinggal beberapa hari lagi bulan Syaaban akan meninggalkan kita, manakala bulan Ramadhan yang penuh berkat, rahmat, dan keampunan pula akan hadir menemui kita.

Apabila kita menyebut bulan Ramadhan, pasti ramai diantara kita teringat kembali akan ibadah puasa yang diwajibkan keatas kita sepanjang bulan Ramadhan.

Apabila tiba bulan Ramadhan, bermacam-macam reaksi dan karenah umat Islam yang dapat kita amati ketika sedang melakukan ibadah puasa. Sungguh pun begitu, sebagai seorang muslim, kita mestilah mengetahui dan mengamalkan adab-adab berpuasa agar ibadah puasa kita sesuai dengan tuntunan Islam dan mendapat berkah dari Allah S.W.T.


Adab-Adab Berpuasa

A. Makan Sahur
Orang yg berpuasa sangat dianjurkan untuk makan sahur. Hal ini berdasarkan hadits dari ‘Amru bin Al-‘Ash r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحُوْرِ

“Perbezaan antara puasa kami (Islam) dengan puasa ahli kitab adalah makan sahur.”

Dari Salman r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda:

الْبَرَكَةُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: الْجَمَاعَةِ وَالثَّرِيْدِ وَالسَّحُوْرِ

“Berkah ada pada 3 hal: berjamaah tsarid dan makan sahur.”

Disukai untuk mengakhirkan makan sahur berdasarkan hadits Anas dari Zaid bin Tsabit r.a. beliau berkata:
"Kami makan sahur bersama Rasulullah s.aw. kemudian beliau bangkit menuju solat. Aku bertanya: “Berapa jarak antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Sekadar 50 ayat.”

Namun apa yang diistilahkan oleh kebanyakan kaum muslimin dengan istilah imsak yaitu menahan beberapa saat sebelum adzan Shubuh adalah perbuatan bid’ah kerana dalam ajaran nabi s.a.w tidak ada imsak kecuali bila adzan fajar dikumandangkan.

Rasulullah s.a.w bersabda:

إِذَا أَذَّنَ بِلاَلٌ فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّنَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُوْمٍِ

“Apabila Bilal mengumandangkan azan maka makan dan minumlah hingga Ibnu Ummi Maktum mengumandangkan azan.”

Bahkan bagi orang yang ketika azan dikumandangkan masih memegang gelas dan semisal untuk minum diberikan rukhshah (keringanan) khusus bagi sehingga dia boleh meminumnya.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

إِذَ سَمِعَ أَحَدُكُمُ النِّدَاءُ وَاْلإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ فَلاَ يَضَعْهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ مِنْهُ

“Jika salah seorang diantara kamu mendengar panggilan sedangkan bejana ada di tangan maka janganlah dia meletakkan hingga menunaikan keinginan dari bejana itu”

Hukum makan sahur adalah sunnah muakkadah. Berkata Ibnul Mundzir: “Umat ini telah bersepakat bahawa makan sahur hukum sunnah dan tidak ada dosa bagi yang tidak melakukan sahur.

Berdasarkan hadits Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُوْرِ بَرَكَةً

“Makan sahurlah kerana sesungguh pada makan sahur itu ada barakahnya.”

Dianjurkan makan sahur dengan buah kurma jika ada dan boleh dengan yang lain berdasarkan hadith Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

نِعْمَ السَّحُوْرِ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ

“Sebaik-baik sahur seorang mukmin adalah buah kurma.”

Jika seseorang ragu apakah fajar telah terbit atau belum maka boleh dia makan dan minum sampai dia yakin bahawa fajar telah terbit.

Firman Allah s.w.t.:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ اْلأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ

“Makan dan minumlah kamu hingga jelas bagimu benang putih dan benang hitam iaitu fajar .”

Berkata As-Sa’di:

“Pada terdapat bahawa jika makan dan semisal dalam keadaan ragu akan terbit fajar maka tidak mengapa.”


B. Berbuka Puasa
Orang yang berpuasa dianjurkan untuk mempercepat berbuka jika memang telah masuk waktu berbuka. Tidak boleh menunda meski dia merasa masih kuat untuk berpuasa.

Amr bin Maimun Al-Audi meriwayatkan:

كَانَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْجَلَ النَّاسِ إِفْطًارًا وَأَبْطَأَهُمْ سُحُوْرًا

“Para shahabat Muhammad s.a.w. adalah orang yang paling cepat berbuka dan paling lambat sahurnya.”

Berkata Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin:

“Cepat-cepat berbuka puasa apabila telah terbenam matahari bukan kerana azan. Namun di waktu sekarang manusia menyesuaikan azan dengan jam-jam mereka. Maka apabila matahari telah terbenam boleh bagi kamu berbuka walaupun muadzin belum mengumandangkan azan.”

Berbuka puasa dilakukan dalam keadaan dia mengetahui dengan yakin bahawa matahari telah terbenam. Hal ini dapat dilakukan dengan melihat di lautan dan semisalnya. Adapun hanya sekadar menduga dengan kegelapan dan semisal maka bukan dalil atas terbenamnya matahari. Wallahu a’lam.

Mempercepat buka puasa adalah mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w. Sahl bin Sa’ad r.a. meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda:

لاَ تَزَالُ أُمَّتِيْ عَلَى سُنَّتِيْ مَا لَمْ تَنْتَظِرْ بِفِطْرِهَا النُّجُوْمَ

“Senantiasa umatku berada di atas Sunnahku selama mereka tidak menunggu bintang ketika hendak berbuka.”

Mempercepat berbuka puasa akan mendatangkan kebaikan bagi pelakunya. Seperti yang diriwayatkan Sahl bin Sa’ad r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الفِّطْرَ

“Senantiasa manusia berada dalam kebaikan selama mereka mempercepat buka puasa.”
Mempercepat berbuka puasa adalah perbuatan menyelisihi Yahudi dan Nashara (Kristian). Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:

لاَ يَزَالُ هَذَا الدِّيْنُ ظَاهِرًا مَا عَجَّلَ النَّاسُ الْفِطْرَ لأَنَّ الْيَهُوْدَ وَالنَّصَارَى يُؤَخِّرُوْنَ

“Senantiasa agama ini nampak jelas selama manusia mempercepat buka puasa kerana Yahudi dan Nashara mengakhirkannya.”

Selain itu mempercepat buka puasa termasuk akhlak kenabian. Sebagaimana dikatakan ‘Aisyah r.a.:

ثَلاَثٌ مِنْ أَخْلاَقِ النُّبُوَّةِ: تَعْجِيْلُ اْلإِفْطَارِ وَالتَّأْخِيْرُ السُّحُوْرِ وَوَضْعُ الْيَمِيْنِ عَلَى الشِّمَالِ فِي الصَّلاَةِ

“Tiga hal dari akhlak kenabian: mempercepat berbuka mengakhirkan sahur dan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri dalam shalat.”

Orang harus berbuka puasa terlebih dahulu sebelum solat Maghrib berdasarkan hadith Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa sebelum solat dan makanan yang paling dianjurkan untuk berbuka puasa adalah kurma.

Anas bin Malik r.a. berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٍ فَتُمَيْرَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٍ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ

“Adalah Nabi s.a.w. berbuka dengan ruthab sebelum solat, apabila tidak ada ruthab maka dengan tamar, apabila tidak ada maka dengan beberapa teguk air.”

Jangan lupa berdoa sebelum berbuka puasa dengan doa:

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَتِ الْعُرُوْقُ وَثَبَتَ اْلأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ تَعَالَى

“Telah hilang dahaga dan telah basah urat-urat dan telah tetap pahala insya Allah”

Orang yang menjalankan ibadah puasa diharuskan menjauhkan perkataan dusta/bohong sebagaimana yang terdapat dalam haditsh Abu Hurairah r.a. bersabda Rasulullah s.a.w.:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ للهِ حَاجَةٌ فِيْ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

“Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan mengamalkannya maka tidak ada keinginan Allah pada puasanya”


Pembatal Puasa

a. Makan dan minum dengan sengaja

Allah s.w.t. berfirman:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ اْلأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

“Makan dan minumlah hingga jelas bagi kamu benang putih dari benang hitam dari fajar kemudian sempurnakanlah puasa hingga malam.”

Namun jika seseorang lupa maka puasa tidak batal berdasarkan hadits Rasulullah s.a.w.:

إِذَا نَسِيَ فَأَكَلَ وَشَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللهُ وَسَقَاهُ

“Jika dia lupa lalu makan dan minum maka hendaklah dia menyempurnakan puasa kerana sesungguhnya Allah yang memberi makan dan minum.”


b. Keluar darah haidh dan nifas
Hal ini sebagaimana dikatakan ‘Aisyah r.a.:

“Adalah kami mengalami haidh maka kami diperintahkan untuk meng-qadha puasa dan tidak diperintahkan meng-qadha solat.”

Para ulama telah sepakat dalam perkara ini.


c. Melakukan hubungan suami isteri di siang hari Ramadhan

Hal ini berdasarkan dalil Al-Qur’an dan As-Sunnah dan kesepakatan para ulama. Bagi yang melakukan persetubuhan diwajibkan membayar kaffarah iaitu membebaskan hamba, apabila tidak mampu maka berpuasa dua bulan secara terus-menerus, dan apabila tidak mampu juga maka memberi makan 60 orang miskin.

Tidak ada qadha bagi menurut pendapat yang kuat. Hukum ini berlaku secara umum baik bagi lelaki mahu pun perempuan.

Adapun apabila seseorang melakukan hubungan suami isteri kerana lupa bahawa dia sedang berpuasa maka pendapat yang kuat dari para ulama adalah puasa tidak batal tidak ada qadha dan tidak pula kaffarah. Hal ini sebagaimana hadith Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

مَنْ أَفْطَرَ يَوْمًا مِنْ رَمَضَانَ نَاسِيًا فَلاَ قَضَاءَ عَلَيْهِ وَلاَ كَفَّارَةَ

“Barangsiapa yang ifthar (berbuka) sehari di bulan Ramadhan kerana lupa maka tidak ada qadha atas dan tidak ada kaffarah.”

Kata ifthar mencakup makan minum dan bersetubuh. Inilah pendapat jumhur ulama dan dikuatkan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan Asy-Syaukani rahimahumallah.


d. Berbekam

Ini termasuk perkara yang membatalkan puasa menurut pendapat yang rajih berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w.:

أَفْطَرَ الْحَاجِمُ وَالْمَحْجُوْمُ

“Telah berbuka orang yang berbekam dan yang dibekam.”

Hadits ini shahih dan diriwayatkan dari kurang lebih 18 orang shahabat dan dishahihkan oleh para ulama seperti Al-Imam Ahmad Al-Bukhari Ibnul Madini dan yang lainnya. Ini merupakan pendapat Al-Imam Ahmad dan Ishaq bin Rahuyah serta dikuatkan oleh Ibnul Mundzir.

Ada beberapa perkara lain yang juga disebutkan sebagian para ulama bahawa hal tersebut termasuk pembatal puasa di antaranya:

a. Muntah dengan sengaja
Namun yang rajih dari pendapat ulama bahawa muntah tidaklah membatalkan puasa secara mutlak sengaja atau tidak sengaja. Sebab asal puasa seorang muslim adalah sah tidaklah sesuatu itu membatalkan kecuali dengan dalil. Ada pun hadits Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

مَنْ ذَرَعَهُ الْقَيْءُ فَلاَ قَضَاءَ عَلَيْهِ وَمَنِ اسْتَقَاءَ فَلْيَقْضِ

“Barangsiapa yang dikalahkan oleh muntah maka tidak ada sesuatu atasnya dan barangsiapa yang sengaja muntah maka hendaklah dia meng-qadha .”

Hadits ini dilemahkan oleh para ulama di antara Al-Bukhari dan Ahmad. Juga dilemahkan oleh Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi.

Namun jika muntah tersebut keluar lalu dia sengaja memasukkan kembali maka hal ini membatalkan puasanya.

b. Menggunakan cairan pengganti makanan seperti infus
Terjadi perselisihan di kalangan para ulama dan yang rajih bahwa suntikan terbagi menjadi dua bagian:
1}. Suntikan yang kedudukan sebagai pengganti makanan maka hal ini membatalkan puasa sebab nash-nash syari’at bila didapatkan pada sesuatu yang termasuk dalam penggambaran yang sama maka dihukumi sama seperti yang terdapat dalam nash.
2}.Suntikan yang tidak berkedudukan sebagai pengganti makanan maka hal ini tidaklah membatalkan puasa sebab gambaran tidak seperti yang terdapat dalam nash baik lafaz mahupun makna tidak dikatakan makan dan tidak pula minum dan tidak pula termasuk dalam makna keduanya. Dan asal adalah sah puasa seseorang muslim sampai meyakinkan pembatal berdasarkan dalil yang syar’i.

Namun Asy-Syaikh Muqbil menaseihatkan bagi orang yang sakit untuk berbuka dan tidak berpuasa agar tidak terjatuh ke dalam sesuatu yang menimbulkan syubhat.

c. Onani
Pendapat yang rajih dari pendapat para ulama bahawa onani tidaklah membatalkan puasa namun termasuk perbuatan dosa yang diharamkan melakukan baik ketika berpuasa mahupun tidak. Allah s.w.t berfirman menyebutkan di antara ciri-ciri orang mukmin:

وَالَّذِيْنَ هُمْ لِفُرُوْجِهِمْ حَافِظُوْنَ. إِلاَّ عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُوْمِيْنَ. فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُوْنَ

“Dan orang yang memelihara kemaluan kecuali kepada isteri-isteri atau budak wanita yang mereka miliki. maka sesungguhnya tidak tercela. Maka barangsiapa yang mencari selain itu mereka itulah orang yang melampaui batas.”


Hal-Hal yang diperbolehkan bagi orang yang berpuasa

a. Bersiwak

Rasulullah s.a.w. bersabda:

لَوْ لاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلاَةٍ

“Jika aku tidak memberatkan umatku niscaya akan kuperintahkan mereka bersiwak tiap hendak solat.”

b. Masuk waktu fajar dalam keadaan junub
Hal ini berdasarkan hadits ‘Aisyah dan Ummu Salamah r.a.bahawa Nabi s.a.w. mendapati waktu fajar dalam keadaan junub setelah isteri, kemudian beliau mandi dan berpuasa.

c. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung asal tidak berlebihan
Laqith bin Shabirah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

وَبَالِغْ فِي اْلإِسْتِنْشَاقِ إِلاَّ أَنْ تَكُوْنَ صَائِمًا

“Dan bersungguh-sungguhlah kamu dalam ber-istinsyaq kecuali bila kalian berpuasa.”

d. Menggauli isteri selain bersetubuh
Sebagaimana yang dikatakan oleh Aisyah r.a.:
“Adalah Rasulullah s.a.w. mencium dan beliau berpuasa menggauli dan beliau berpuasa.”

e. Mencicipi makanan dan mencium asal tidak memasukkan ke dalam kerongkongan
Berkata Ibnu ‘Abbas r.a.:
“Tidak mengapa seseorang mencicipi cuka atau sesuatu selama tidak masuk kerongkongan dalam keadaan dia berpuasa.”

f. Mandi di siang hari
Sebagaimana yang terdapat pada kisah junub Nabi s.a.w.yang telah lalu.


Perbuatan yang dianjurkan di bulan Ramadhan

a. Memperbanyak shadaqah

b. Memperbanyak bacaan Al Qur’an zikir doa dan shalat
Ibnu ‘Abbas r.a. meriwayatkan:

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُوْنُ فِيْ رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْرِيْلُ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ

“Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan ketika Jibril menemui lalu membacakan pada Al Qur`an.”

c. Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa
Rasulullah s.a.w. bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

“Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka bagi seperti pahala dalam keadaan tidak berkurang sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” .

Wallahul muwaffiq.

Sumber:

Oleh Al-Ustadz Abu Abdirrahman Al-Bugisi

www.asysyariah.com