Sejarah penubuhan PKPMI.
Sejarah wujudnya PKPMI bermula di Pulau Jawa pada tahun
1945. Ketika itu organisasi pelajar-pelajar Malaysia yang ditubuhkan adalah
Kesatuan Pelajar-pelajar Malaya (KPM) yang berpusat di Yogyakarta. Organisasi
Pelajar-pelajar Malaya yang kedua didirikan di Sumatera pada tahun 1948 yang
berpusat di Medan, yang dinamakan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Medan.
Pada tahun 1965, KPM dibubarkan dan membentuk sebuah
persatuan baru yang diberi nama Himpunan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia
(HPMI) yang juga berpusat di Yogyakarta. Pada tahun terjadinya konfrontasi
Malaysia-Indonesia, tidak terdapar sebarang cacatan tentang kegiatan pelajar
Malaysia di Indonesia kerana semua pelajar pulang ke tanahair.
Pada tahun 1967, pelajar-pelajar Malaysia mulai datang lagi
ke Indonesia. Pada 18 Mei 1968, HPMI mengadakan kongres. Dalam kongres tersebut
dipersetujui untuk HPMI menjadi PKPMI iaitu Persatuan Kebangsaan
Pelajar-pelajar Malaysia Di Indonesia dan menetapkan Jakarta sebagai Pusat.
Manakala Yogyakarta adalah sebagai cawangan PKPMI.
Sejak itu, PKPMI terus berkembang terutama di Pulau Jawa
bagi membentuk beberapa buah cawangan PKPMI yang di antaranya cawangan
Jakarta(18 Mei 1968),Yogyakarta(18 Mei 1968),Bogor (23 Mei 1968),Bandung (12
April 1969), Surabaya(10 November 1972), Bali(30 September 1986), dan Ujung
Pandang (17 Oktober 1987).
Setelah konfrontasi tamat, pelajar-pelajar Malaysia di
Sumatera kembali ke Indonesia dan mendirikan Himpunan Mahasiswa Malaysia
Sumatera (HMMS) yang berpusat di Medan. Pada tahun 1982, HMMS dibubarkan dan
bersatu dengan PKPMI. Dengan perkembangan ini, semakin bertambah cawangan-cawangan
PKPMI di seluruh Indonesia.
Penubuhan cawangan-cawangan PKPMI di Sumatera bermula dengan
Cawangan Medan (Mei 1982), Aceh (25 Disember 1985) dan Padang (25 Mac 1986).
Dengan bertambahnya umur PKPMI, maka jumlah cawangan PKPMI turut bertambah.
Cawangan-cawanghan PKPMI yang lain adalah Semarang,Malang,Manado,Ujung Pandang,
Palembang, Pekanbaru, dan Jambi. Sehingga sekarang ini terdapat 16 cawangan PKPMI
di seluruh Indonesia.
Pada tahun penubuhannya, PKPMI telah diiktiraf oleh Kedutaan
Besar Malaysia dalam menjalankan kegiatannya. Pada tarikh 4 Febuari 1969,
persatuan ini diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Tujuan dan matlamat utama Blog.
Blog PKPMI-CM ini dibina bertujuan bagi merealisasikan
antara hala tuju persatuan sebagai satu-satunya pertubuhan yang diiktiraf oleh
kerajaan Malaysia iaitu menjaga kebajikan setiap ahli dari sudut pendidikan,
kesihatan, dan segala urusan kehidupan di Medan. Kita akan menjadikan islam
sebagai agama rasmi seperti yang termaktub dalam perlembagaan tanpa menghalang
mana-mana penganut agama lain untuk menjalankan ritual agamanya masing-masing.
Malah, kita akan berusaha untuk menggembleng kekuatan yang
ada pada bangsa India, Cina dan Melayu dalam rangka mewujudkan sebuah keluarga
besar PKPMI-CM yang akan mengangkat Malaysia ke persada antarabangsa.
Semoga blog pkpmi-cm ini menjadi wadah kepada para ahli
untuk menyalurkan sebarang komentar, pandangan, masalah maupun cadangan yang
membina kepada persatuan dalam rangka mewujudkan sebuah masyarakat progresif
yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari aspek sosial dan tingkah lakunya.
Wallahua'lam.