Entri Terkini »

23/09/2009

Informasi Tentang Keimigrasian dan Kepolisian

  1. Surat Keterangan Lapor Diri (SKLD)

    Bagi pelajar yang sudah mendapat Kartu Izin Tinggal Terbatas (KITAS) atau sudah perpanjang KITAS hendaklah memohon SKLD dalam tempoh waktu 30 hari setelah tarikh mendapat KITAS dengan bayaran maksimum Rp 200.000,00 sahaja.

    Bagi pelajar yang terlewat memohon SKLD dari waktu yang telah ditetapkan akan dikenakan bayaran maksimum Rp 300.000,00 sahaja.

    Ahli boleh membuat demikian dengan menghubungi exco imigrasi pkpmi-cm, Kesavan di talian XL: 087868124188

  1. Surat Bebas Fiskal

    Bagi pelajar yang ingin pulang ke Malaysia diwajibkan memohon surat bebas fiskal dari fakultas kemudian menyerahkan fotokopinya sahaja ke bahagian bebas fiskal Bandara Polonia (airport) atau pelabuhan. Satu surat fakulti sahaja sah untuk diberlakukan selamanya tanpa perlu diperbaharui setiap kali mahu pulang ke Malaysia.

  1. Surat Izin Belajar (SIB)

    Bagi pelajar yang ingin memohon perpanjangan SIB hendaklah menghantar surat-surat lengkap kepada exco imigrasi PKPMI-CM untuk dihantar secara kolektif ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, empat bulan sebelum tarikh tamat KITAS dan membayar biaya administrasi sebanyak Rp50.000,00 sesuai perjanjian yang dibuat antara pihak PKPMI dengan Pak Usman Tjik.

    Ahli boleh membuat demikian dengan menghubungi exco imigrasi pkpmi-cm, Kesavan di talian XL: 087868124188

Sekian sahaja maklumat yang ingin disampaikan.

Oleh: Biro Imigrasi dan Kepolisian, PKPMI-CM.

09/09/2009

Perhatian Kepada Semua Mahasiswa Malaysia di Indonesia

Rakyat Malaysia di Jakarta diancam buluh runcing

JAKARTA: Jabatan Penuntut Malaysia di sini, hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

Sebelum ini, pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".

Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.

Bagaimanapun, detikcom melaporkan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam. - Bernama

Sumber: Berita Harian

Pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Medan, jika berlaku ancaman daripada individu mahupun kumpulan:

1. Mengelak atau larikan diri dari mereka.

2. Lari ke arah orang awam dan jika perlu berteriak meminta tolong.

3. Buat laporan polis (MSD atau Kedutaan)

Sebarkan!!