Entri Terkini »

Showing posts with label Imigrasi. Show all posts
Showing posts with label Imigrasi. Show all posts

23/09/2009

Informasi Tentang Keimigrasian dan Kepolisian

  1. Surat Keterangan Lapor Diri (SKLD)

    Bagi pelajar yang sudah mendapat Kartu Izin Tinggal Terbatas (KITAS) atau sudah perpanjang KITAS hendaklah memohon SKLD dalam tempoh waktu 30 hari setelah tarikh mendapat KITAS dengan bayaran maksimum Rp 200.000,00 sahaja.

    Bagi pelajar yang terlewat memohon SKLD dari waktu yang telah ditetapkan akan dikenakan bayaran maksimum Rp 300.000,00 sahaja.

    Ahli boleh membuat demikian dengan menghubungi exco imigrasi pkpmi-cm, Kesavan di talian XL: 087868124188

  1. Surat Bebas Fiskal

    Bagi pelajar yang ingin pulang ke Malaysia diwajibkan memohon surat bebas fiskal dari fakultas kemudian menyerahkan fotokopinya sahaja ke bahagian bebas fiskal Bandara Polonia (airport) atau pelabuhan. Satu surat fakulti sahaja sah untuk diberlakukan selamanya tanpa perlu diperbaharui setiap kali mahu pulang ke Malaysia.

  1. Surat Izin Belajar (SIB)

    Bagi pelajar yang ingin memohon perpanjangan SIB hendaklah menghantar surat-surat lengkap kepada exco imigrasi PKPMI-CM untuk dihantar secara kolektif ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, empat bulan sebelum tarikh tamat KITAS dan membayar biaya administrasi sebanyak Rp50.000,00 sesuai perjanjian yang dibuat antara pihak PKPMI dengan Pak Usman Tjik.

    Ahli boleh membuat demikian dengan menghubungi exco imigrasi pkpmi-cm, Kesavan di talian XL: 087868124188

Sekian sahaja maklumat yang ingin disampaikan.

Oleh: Biro Imigrasi dan Kepolisian, PKPMI-CM.

30/05/2009

INTERNATIONAL OFFICE (FKUSU) DALAM KERESAHAN


Sudah hampir setahun Internasional Office (IO) Fakulti Perubatan Universiti Sumatera Utara (FPUSU) berfungsi sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal imigresen dan surat fakulti pelajar asing. Nampak hebat dimuka namun naive dari sudut perlaksanaan. Janji-janji manis yang ditabur oleh pihak IO kononnya ingin memudahkan segala urusan imigresen pelajar asing ternyata hanyalah sebuah senyuman sinis yang layak ditampar oleh mana-mana individu yang memiliki akal yang sehat.

Sebelum IO memonopoli hak pengurusan imigresen, pelajar asing diberikan wewenang oleh Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) untuk menguruskannya sendiri di kantor imigresen badan pemerintah. Sila baca artikel saya bertajuk Internasional Office: Antara Punca dan Penyelesaian. Namun, semenjak hal ehwal imigresen ini dikuasai sepenuhnya oleh IO (sebagai orang tengah), pelajar asing semakin dipersulit. Di tambah pula dengan sistem pengurusan yang amburadol. Dari masalah surat Exit Re-Entry Permit (ERP) yang tidak beres, surat fakulti lambat keluar, SPP hilang, tiada surat bukti pembayaran (kwitansi), syarat permohonan yang terlalu ketat hinggalah masalah service charge yang melampau tinggi. Seolah-olah mereka berkata kepada pelajar asing ini, dengan meminjam kata-kata rakan saya, “Talk less do more no complain just follow!”


KERISAUAN YANG BERASAS


Pertama, ia mampu menjejaskan hubungan antarabangsa. Saya menghormati hubungan diplomatic Malaysia-Indonesia yang sudah terjalin sejak sekian lama. Sejarah Kerajaan Majapahit, Samudera-Pasai, Kesultanan Melayu Melaka, hinggalah delegasi perdamaian (1966) menunjukkan betapa utuhnya hubungan kekeluargaan antara dua Negara ini berdasarkan fakta objektif secara historis.


Saya khuwatir apabila permasalahan di IO ini tidak dibendung cepat, ia akan mewujudkan pelbagai rangkaian permasalahan yang merugikan kedua belah pihak. Pada tahun ini sahaja, pelajar Malaysia di USU sudah mencecah hampir 800 orang. Sudah tentu segala permasalahan pelajar akan dirujuk ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta melalui persatuan pelajar. Menjadi adat resam dalam sistem negara nasional; jika rakyat kita di negara mereka dipersulit, maka rakyat mereka di Negara kita juga wajar dipersulit segala pengurusannya. What you give you get back.


Saya harap ia tidak pernah berlaku.


Kedua,
mencemar imej dan nama baik institusi pengajian tinggi di Indonesia. Selama ini, hak pengiktirafan universiti-universiti di Indonesia masih menjadi perdebatan hangat di beberapa instansi berwajib di Malaysia. Namun, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Yayasan Terengganu (YT), dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) masih menghantar pelajar-pelajar elite nya untuk menimba ilmu di Negara yang terkenal dengan budaya intelektualnya yang begitu hebat. Isu IO ini sudah tentu dapat mempengaruhi keputusan mereka dalam menetapkan suatu kebijakan baru.


Nah, sekarang cuba bayangkan. Jika investasi pelajar asing terhenti, siapa akan memberi suntikan dana bagi meneruskan projek pembangunan universiti? Siapa akan membuat ERP, KITAS, SKLD dan lain-lain urusan imigresen & polis? Siapa akan ‘membeli’ surat fakulti? Siapa akan membantu melariskan nasi bungkus peniaga-peniaga kecil? Siapa akan mengisi rumah sewa penduduk setempat? Tidakkah ia sedikit sebanyak dapat merugikan rakyat dan ekonomi Negara kesatuan ini? Pepatah melayu pernah berkata, “jangan kerana nila setitik rusak pula susu sebelanga.”


Ketiga, proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) mahasiswa terganggu. Apabila service charge yang dikenakan tidak seimbang dengan layanan yang ditawarkan sudah tentu akan menimbulkan polemic yang berkepanjangan. Ketidakadilan menyebabkan pelajar terpaksa berulang-alik dalam sehari ke IO semata-mata untuk mendengar celoteh kakitangan borjuis di IO tanpa sebarang hasil yang diharapkan. Bagaimana pula nasib pelajar yang sibuk dengan clinical? Bukan proses P&P sahaja akan terganggu, status kesihatan juga tidak terkendalikan. Namun, mereka tidak pernah berhenti berharap. Para perantau asing ini masih berkeyakinan bahawa pihak fakulti dapat memberikan solusi yang terbaik buat mereka.


REVOLUSI


Baru-baru ini, pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPM-CM) telah mengadakan pertemuan bersama Pak Heri Hartono, Ketua Bagian Status Keimigrasian Polonia. Beliau mengemukakan berkenaan IO sebagai berikut,


“Selama ini, pihak IO tidak pernah menjalinkan sebarang kerjasama dengan pihak imigrasi berkenaan urusan keimigrasian pelajar-pelajar asing. Ketika ditanya sama semua staf, tiada seorang pun yang pernah mengetahuinya.”


Ketika ditanya berkenaan masalah period perpanjangan KITTAS (4 atau 5 tahun?) dan pembuatan EPO seperti yang disarankan oleh pihak IO, beliau menjawab,


“Saya juga aneh, mengapa ramai mahasiswa asing yang datang membuat EPO. Sedangkan masa matinya masih lama, 2010,2011.. Menurut peraturan dari pemerintah Indonesia, mahasiswa asing itu bisa memperpanjang KITTAS nya sebanyak 5 kali atau 5 tahun.


Beliau turut menjelaskan berkenaan isu keterlewatan ERP,


“Ya. Apa yang masuk kepada kami, akan diproses sesuai peraturan. Jika tiada, ya apa yang mau diproses?”


Pertemuan singkat ini sudah cukup untuk menjawab segala kemusykilan yang menghantui fikiran pelajar asing di USU. Sistem pengurusan yang lemah dalam IO ternyata hanya mempersulit para mahasiswa justeru mengundang pelbagai masalah multidimensi. Pelajar asing itu lebih selesa menguruskan segala urusan imigresen secara individu. We need the change!


Sehubungan dengan itu, pihak persatuan dan Pemerintahan Mahasiswa (PEMA) akan segera mengadakan perbincangan meja bulat dengan pihak berwajib (baca: fakulti) sekali lagi bagi mengutarakan suara mahasiswa dan berusaha mencari kesepakatan bersama. Antara perubahan dalam IO yang diusulkan adalah,


Pertama,
Segala urusan imigresen hendaklah diuruskan oleh pelajar dan masing-masing pelajar harus menanggung segala risikonya sendiri. Kedua, pihak IO hanya menguruskan surat fakulti sahaja dan prosedur permohonannya hendaklah diteliti semula.


Saya yakin jika semua pihak berlapang dada dalam membuat sebarang penilaian, mengutamakan aspek spiritual dan moral berbanding bersikap individualistic maka masalah ini dapat segera diselesaikan dengan baik.


Wallāhua’lam.


p/s: Sebarang masukkan, komentar dan saran dapat dikirim ke emel saya, reminder_ki[@] yahoo.com.


Oleh:
A. Muchlis, Naib yang Di-Pertua PKPMI-CM 09, 27 Mei 2009.


Rujukan:

[1] Delegasi Perdamaian

[2] Petunjuk Perlaksanaan Direktur Jeneral Imigrasi

[3] International Office: Antara Punca dan Penyelesaian

28/02/2009

International Office (IO) FKUSU. Antara punca dan penyelesaian.

Oleh: Ahmad Aizatnur (TYDP PKPMI-CM)

Pada awal tahun 2008 berikutan krisis ekonomi global, para pelajar Malaysia yang menuntut di Medan, Indonesia telah dibebankan dengan peningkatan yuran pengajian yang tinggi. Keadaan bertambah rumit apabila peranan International Office (IO) dalam mengambil alih segala urusan imigrasi pelajar asing di Fakultas Kedokteran Universitas Sumatera Utara (FK USU) berjaya dikuatkuasakan sepenuhnya. Akibatnya, penuntut asing di FK USU kini terus dihantui dengan caj perkhidmatan yang melampau tinggi setiap kali berurusan di kantor tersebut.

Disini, saya akan mengulas sedikit sebanyak mengenai masalah ini dan beberapa langkah penyelesaian berdasarkan analisa singkat saya sepanjang tiga minggu memikul amanah dalam persatuan.

Punca masalah dapat kita simpulkan melalui faktor-faktor berikut. Pertama, terbongkarnya kes pemalsuan surat-surat fakulti yang dilakukan oleh seorang pelajar senior asing yang tidak bertanggungjawab pada akhir tahun 2007. Isu ini menjadi dalil utama mengapa peranan (IO)yang dulunya hanya menguruskan pelajar dari agensi Allianze College of Medical Sciences(ACMS)- telah di selaraskan kepada seluruh pelajar asing. Maka, bermula pada bulan Oktober 2008, pelajar asing tidak lagi dibenarkan menguruskan urusan imigrasinya sendiri melainkan mesti melalui jalur (IO).

Kedua, rancangan undang-undang Badan Hukum Pendidikan (BHP). Projek neo-liberalisme yang dicanang oleh pemerintah Republik Indonesia (RI) telah ditegakkan, di tengah lesunya gerakan kerakyatan dan buasnya kekuatan swasta yang hendak menggantikan kuasa dari pemerintah. Hal ini menyebabkan segala kebijakan yang melibatkan layanan dasar (essential service) rakyat tidak lagi ditentukan oleh pemerintah. Dan lebih bergantung kepada prinsip ekonomi pasaran bebas (free market). Justeru, tidak mustahil jika muncul segelintir golongan bourjois (baca: pihak fakulti) yang cuba mengambil kesempatan daripada kesempitan orang lain (baca: pelajar malaysia). Rujuk sini.

LANGKAH MENUJU PENYELESAIAN

Malaysia telah menjalin hubungan diplomatik dengan negara Republik Indonesia sejak sekian lama. Pada sekitar tahun 70-an, Malaysia pernah menagih simpati Indonesia untuk mengirim tenaga profesionalnya dalam membantu melaksanakan projek pembangunan negara. Hubungan antara dua negara ini ibarat air yang dicincang takkan putus. Saya akan menceritakan langkah-langkah awal bagi menurunkan harga yang terlalu tinggi di (IO) itu.

Pertama, mempertahankan, bukan memperparah. Saya tidak bersetuju dengan sikap gopoh segelintir ahli yang memilih untuk ’menyerang’ (IO) secara peribadi. Perlu diingatkan bahawa tanpa adanya people power atau political will, anda tidak akan mampu berbuat apa-apa. Bahkan, hanya menimbulkan keadaan yang lebih acute. Dalam hal ini persatuan akan bertindak untuk mempertahankan apa yang ada iaitu SKLD pelajar FK USU dan segala urusan imigrasi pelajar FKG USU, IAIN-SU dan UNIMED.

Kedua, menyerahkan pada mereka yang berautoriti. Persatuan sedang berusaha membawa isu ini ke peringkat atasan iaitu Kedutaan Besar Malaysia dan Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia (JPMI) di Jakarta yang bertanggungjawab atas kebajikan rakyat Malaysia di Indonesia. Kita akan menyerahkan segala dokumen dan hal-hal yang berkaitan kepada mereka bagi mencari penyelesaian yang terbaik. Isu ini juga akan cuba diketengahkan dalam kongres PKPMI Pusat yang bakal diadakan dalam waktu yang terdekat ini.

Walaubagaimanapun, ahli yang berkaitan perlulah mencari inisiatif disaat berhadapan dengan situasi sebegini. Persatuan akan menyokong segala tindakan pelajar tajaan negara samada JPA, MARA, FELDA, ATM dan lain-lain untuk memohon elaun tambahan. Tabung Kebajikan PKPMI juga akan segera dibentuk bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh pelajar. Kami turut menyarankan kepada semua ahli supaya berjimat cermat dalam berbelanja dan mengurangi segala aktiviti yang kurang berfaedah. Bak kata pepatah, hemat pangkal kaya, sia-sia hutang tambah.

Dari kiri; Amsyar bin Mohammad (YDP PKPMI-CM) dan Ahmad Aizatnur bin Zakaria (TYDP PKPMI-CM) dalam Majlis Perlantikan dan Angkat Sumpah, Mesyuarat Agong Tahunan bertempat di Yayasan Pengembangan Persahabatan Indonesia-Amerika (YPPIA).

Motto kami: ”Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan”

Wallahua’lam.