Entri Terkini »

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

14/10/2009

Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan


Tarikh:

31 Ogos 2009


Hari:

Isnin


Atur cara program:

6.00 kehadiran

6.30 Jamuan Buka Puasa ringkas

6.45 Solat Maghrib

7.00 Ucapan Konjen

7.10 Jamuan Buka Puasa bersama Konjen dan staf konsulat Malaysia

7.45 solat isya’ dan terawikh

8.30 Moreh


Kehadiran:

250 ahli persatuan


“Para pejuang tanah air kita telah menentang penjajahan tetapi tidak pula pro-komunis atau pro-kapitalis. Kita mahu balik hak keadilan Tanah air kita dan kebangsaan kita yang berdaulat, sebagaimana kita belum dipengaruhi dan dijajah pada sekitar 400 tahun yang lalu.”

Oleh: Aizatnur, Timbalan Yang Di-Pertua

Bantuan Gempa Bumi di Jawa


Objektif

1. Mengambil peduli tentang bencana alam gempa bumi yang berlaku di Jawa
2. Meengeratkan silaturrahim di antara Malaysia-Indonesia di waktu menghadapi konflik

Tanggal

7-12 september 2009

Jumlah Kutipan Derma

Rp 1.080.400,00

Saluran

Disalurkan kepada PKPMI PUSAT untuk diagihkan terus kepada mangsa gempa bumi Jawa.

Terima kasih kepada semua pelajar Malaysia-indonesia fakultas kedokteran dan kedokteran gigi.


Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan penduduk di bumi Jawa, Padang dan seluruh Indonesia yang menjadi mangsa gempa bumi. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dari Allah.

06/07/2009

Mendadak: 34 kes tempatan H1N1


Wabak selesema A (H1N1) meningkat luar biasa hari ini apabila mencatatkan rekod penularan tempatan tertinggi sebanyak 34 kes daripada 75 kes, menjadikan jumlah semuanya 434 kes.

Pada 29 Jun lalu, negara merekodkan 22 kes tempatan dan 112 kes import menjadikan keseluruhannya, sejak kes pertama dikesan 15 Mei lalu, 144 kes.

Dengan perkembangan terbaru, jumlah keseluruhan kes tempatan kini 101 sejak pertama kali dikesan 17 Jun lalu, sementara kes import berjumlah 333 kes kesemuanya.

Jumlah besar kes tempatan ini susulan peningkatan perlahan-lahan sejak awal bulan ini. Semalam negara merekodkan 12 kes penularan tempatan, sementara kelmarin 11 kes.

Tiga hari pertama bulan ini mencatatkan jumlah 19 kes tempatan.

Sebanyak 12 daripada 34 kes jangkitan tempatan berlaku di kalangan peserta Persidangan Farmaseutikal Asia Pasifik (APPC) yang berlangsung di Pulau Pinang pada 27 hingga 30 Jun lepas.

Seorang pelajar 20 tahun warga Indonesia dari Bandung yang tiba 23 Jun lalu untuk menghadiri seminar di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang menjangkiti 17 peserta APPC - seperti kes-kes yang disahkan kelmarin dan hari ini.

"Jumlah peserta APPC yang dijangkiti (setakat ini) ialah 25 di mana 18 merupakan jangkitan tempatan di kalangan warga Malaysia," kenyataan rasmi menteri kesihatan dipetik.


Daripada 75 kes baru yang dilaporkan, 64 warganegara Malaysia. Sementara seorang warga Filipina mengalami jangkitan tempatan daripada 34 kes, selebihnya rakyat tempatan.

Seramai empat pelajar SM Tsun Jin - ditutup seminggu hingga Jumaat lepas - yang sedang dikuarantin disahkan positif H1N1 dan dikelaskan sebagai kes tempatan.

Datuk Seri Liow Tiong Lai juga berkata daripada jumlah penghidap influenza A (H1N1), 343 orang atau 79 peratus telah sembuh, sementara 91 lagi masih dirawat di hospital.

"Jumlah yang telah sembuh ini adalah tinggi, meskipun berlaku peningkatan kes yang mendadak," beliau dilaporkan Bernama sebagai berkata.


Butiran 91 pesakit yang masih dirawat seperti berikut: Hospital Sungai Buloh (17 pesakit), Hospital Kuala Lumpur (22), Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (16), Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (10), Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (4), Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh (4), Hospital Pulau Pinang (3), Hospital Tawau (3), Hospital Batu Pahat (3), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star (2), Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu (2), Hospital Umum Sarawak (1), Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu (1), Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu (1), Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh (1), Hospital Melaka (1) dan Hospital Miri (1).

Menurut kenyataan hariannya, keseluruhan kontak yang sedang menjalani kuarantin berjumlah 1,016, namun tiada antara mereka yang mempunyai simptom H1N1.

Sumber: MalaysiaKini