Entri Terkini »
Showing posts with label BADAR. Show all posts
Showing posts with label BADAR. Show all posts
19/11/2010
08/04/2009
Laporan Majlis Penutupan Festival Nur Islam 2009
MEDAN: 29 Mac 2009 yang lalu, program Festival Nur Islam telah menggelung tirainya bagi menutup program tersebut setelah 2 bulan bertungkus-lumus program tersebut berlangsung dengan jayanya oleh BADAR yang terletak di bawah PKPMI-CM. Majlis berlangsung di Dewan Nazir Alwi, Fakultas Kedokteran Gigi, USU.
Majlis penutup Festival Nur Islam (i-Fest) 2009 telah mengundang penceramah jemputan khas dari Malaysia iaitu Ustaz Nabil, salah seorang anggota ahli kumpulan nasyid Fareast, pengacara rancangan Jemputan Umrah di Astro Oasis, dan juga perantara Forum Hal Ehwal Perdana RTM.
Slot pertama majlis tersebut dimulai dengan ceramah daripada Ustaz Nabil yang bertajuk "Ayat-ayat Cinta". Turut diundang isteri beliau, Ustazah Suzana, sebagai salah seorang ahli panel untuk forum "Malu Katakan Cinta" seiring dengan Ustaz Nabil dan Ustaz Ridzuan yang kedua-duanya merupakan panel pelengkap forum tersebut.

Forum "Malu Katakan Cinta" yang ahli panelnya terdiri dari Ustaz Ridzuan, Ustaz Nabil dan Ustazah Suzana.Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada para ahli panel untuk Forum "Malu Katakan Cinta" yang disampaikan oleh Yang Di Pertua PKPMI-CM, Saudara Amshar bin Mohamad.
Majlis diteruskan dengan persembahan nasyid solo yang disampaikan oleh Saudara Fadhil (Pelajar IAIN-SU). Kemudian, diteruskan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi pertandingan yang dianjurkan sepanjang program i-Fest dijalankan, seperti Badar Game Tournament, Dota, pertandingan menulis sajak, cerpen, khat dan sebagainya. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Majlis berakhir kira-kira pada pukul 4 petang. Tahniah diucapkan kepada semua yang bertungkus lumus mengerah keringat dalam menjayakan program Festival Nur Islam 2009 sepanjang 2 bulan tersebut, tahniah juga buat seluruh panitia yang menjayakan majlis penutupan yang begitu menarik dan menghangatkan.
Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk melahirkan generasi mahasiswa Islam yang mampu menggalang motto PKPMI-CM, "Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan".
Biro Jurnalistik, PKPMI-CM.

Subscribe to:
Posts (Atom)