Entri Terkini »

Showing posts with label MPMM. Show all posts
Showing posts with label MPMM. Show all posts

19/10/2010

Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia IAIN-SU kali ke-6

Assalamuailaikum dan selamat sejahtera,
Pada hari Sabtu yang lalu (16 Oktober 2010) telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia IAIN-SU kali ke-6 pada jam 8.00 pagi bertempat di No.16, Gg Suka Maju, Jalan Perjuangan, Medan.

Mesyuarat Agung Tahunan MPMM sesi 2009/2010 ini dimulai dengan Sesi Pendaftaran Pengundi, Bacaan Al-Quran sbagai pembuka majlis, kemudian diikuti dengan Ucapan Alu-aluan dari Presiden MPMM sesi 2009/2010, Mohd Fakhrul Hadi bin Ariffin.

Setelah itu, majlis dilanjutan dengan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan MPMM sesi 2009/2010. Majlis ini telah dirasmikan oleh Naib Yang Dipertua PKPMI-CM sesi 2010/2011, saudara Tuan Muhammad Badiuzzaman bin Tuan Ismail sebagai wakil Yang Dipertua PKPMI-CM sesi 2010/2011 kerana saudara Mohd Lokman Hamawi bin Mohd pada masa itu tidak dapat menghadirkan diri atas urusan tertentu.

Pada jam 10.30 pagi, Mesyuarat Agung Tahunan ini dimulakan. Selesai solat Zuhur, majlis dilanjutkan dengan pengumuman hasil pilihanraya MPMM sesi 2010/2011. Pilihanraya ini mempertandingkan jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Timbalan Setiausaha, dan Timbalan Bendahari. Dari hasil undian pilihanraya MPMM sesi 2010/2011, Presiden MPMM IAIN-SU yang terpilih untuk sesi 2010/2011 adalah Muhammad Waqei' bin Romli.

Setelah hasil pilihanraya MPMM sesi 2010/2011 diumumkan, sebelum majlis bersurai, majlis ditutup dengan Doa Rabitah.

06/04/2009

LAPORAN SKPO MPMM 2009

SEMINAR KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI 2009
(SKPO MPMM 2009)


14 & 15 MAC 2009 : MESS PKPMI Taman Polonia 1. Buat julung kalinya Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia ( IAIN SU ), dibawah anjuran Jabatan Setiausaha Agung MPMM telah menganjurkan satu program iaitu “ Seminar Kepimpinan & Pengurusan Organisasi ” ( SKPO 09 ) yang bertemakan “Menggembeling Qiadah Mengiltizam Qudwah ”. Program yang telah berlangsung selama dua hari ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari segi penyertaan dan keberkesanannya.


Antara slot yang ditelah dijalankan adalah Feqh Aulawiyat, Wala’ dan Bara’, Pengendalian mesyuarat, adab dan protokol majlis, Teknik berfikir ,merancang dan menyelesaikan masalah, dan Teknik komunikasi yang berkesan. Kesemua slot tersebut telah disampaikan oleh barisan kepimpinan PKPMI-CM. Program yang berakhir pada petang 15 Mac itu telah menggarapkan satu resolusi yang berkaitan dengan kepimpinan antaranya ialah pendedahan teknik-teknik pengurusan organisasi serta memberi kefahaman tentang peranan individu di dalam organisasi dan menanam keyakinan dalam membentuk jatidiri pimpinan disamping mengeratkan ukhuwah Islamiyah diantara pemimpin dan yang dipimpin. Majlis penutupan pada hari itu juga telah di sempurnakan oleh YDP PKPMI-CM Saudara Amshar Bin Mohammad.

Disediakan oleh : Setiausaha SKPO ‘09