Entri Terkini »

Showing posts with label Laporan. Show all posts
Showing posts with label Laporan. Show all posts

17/05/2010

Laporan Program Disaster Preparedness

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Pada 2 Mei 2010 yang lalu, PKPMI-CM bersama Mercy Malaysia di bawah kelolaan Konjen Malaysia di Medan buat pertama kalinya mengadakan program Disaster Preparedness. Program Disaster Preparedness telah berjaya dilaksanakan di Ballroom, Tingkat 8, Hotel Asean International, Jalan Hj. Adam Malik No.5, Medan bermula pukul 9 pagi hingga pukul 5 petang.

Bermula pada pukul 9 pagi para peserta yang terdiri dari rakyat Malaysia yang berada di Medan mula memenuhi Ballroom untuk mengikuti program. Ketibaan para peserta di sambut dengan ramah dari pihak konsulat, Mercy Malaysia, dan Majlis Tertinggi PKPMI-CM serta para peserta diminta untuk melakukan pendaftaran ulang sebagai tanda pengesahan kehadiran ke program ini.



Selama setengah jam, para peserta yang hadir dijemput untuk bersarapan pagi yang telah disediakan oleh pihak penganjur.


Sekitar pukul 9.30 pagi, upacara pembukaan program Disaster Preparedness telah dirasmikan oleh Puan Norlin Othman, Konsul Janeral Malaysia di Medan.


Setelah upacara perasmian dilakukan, tanpa membuang masa seminar pertama yang bertajuk "Roles & Responsibility of Civil Society in Disaster Area" telah disampaikan oleh Executive Director MERCY Malaysia dan dilanjutkan dengan seminar yang bertajuk "Emergency Coordination in Disaster Area" yang disampaikan oleh Puan Zuraidah Mian.



Sekitar pukul 1 petang, seminar ditangguhkan sementara waktu untuk memberi peluang kepada para peserta menunaikan solat Zuhur dan menikmati makan tengah hari mereka yang juga telah disediakan oleh pihak penganjur.


Setelah kira-kira 1 jam telah berlalu, para peserta dijemput untuk memasuki ruangan seminar untuk mendengarkan seminar yang bertajuk "Humanitarian Emergency Response" yang telah disampaikan oleh Encik Norazam Ab Samah.


Setelah seminar ke-3 selesai, para peserta yang hadir dijemput masuk ke ruangan "Disaster Room" untuk melakukan latihan kecemasan berkaitan dengan bencana yang telah dilakukan secara berkumpulan. Latihan dalam kumpulan ini telah disertai oleh En. Ar Azman Zainonabidin, En. Sr Syed Harris S. Mustafa, En. Tajol Idrus dan En. Zulkarnaen sebagai fasilitator.


Di dalam "Disaster Room" ini para peserta telah didedahkan dengan pemberian satu situasi kecemasan dan setiap kumpulan yang telah dibentuk diminta untuk memilih satu "cluster" dan melakukan rancangan yang perlu dilakukan sesuai dengan "cluster" yang dipilih ketika bencana sedang terjadi.

Setelah kira-kita 2 jam 30 minit di dalam "Disaster Room", para wakil dari setiap kumpulan diminta untuk menjelaskan apakah tindakan yang telah dirancang, kaedah pelaksanaan rancangan, serta menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh para fasilitator di dalam sesi "group presentation".


Perbagai soalan dan masukan yang telah diajukan oleh para fasilitator kepada para wakil setiap kumpulan. Dari hasil perbincangan antara para fasilitator dan para wakil setiap kumpulan telah memberikan pengetahuan yang sangat berguna kepada para peserta.


Setelah semuanya selesai, program ini telah diakhiri secara rasmi dan para peserta dijemput untuk mengikuti jamuan teh yang telah disediakan oleh pihak penganjur sebelum majlis bersurai.


Semoga pengalaman dan ilmu yang anda dapati sepanjang program ini dapat dikongsi kepada masyarakat sekitar anda dan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di masa akan datang terutama ketika bencana terjadi.

Sekian dari kami, PKPMI-CM.

Ingin melihat gambar-gambar lain berkaitan program ini??? Lawati group facebook kami... (Persatuan Kebangsaan pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Medan)

26/04/2010

Laporan Makan Malam Bersama Duta Besar Malaysia ke Indonesia

Pada 13 April 2010, bertempat di Hotel Grand Angkasa, Medan, telah berlangsung Majlis Makan Malam bersama Duta Besar Malaysia ke Indonesia, TYT Dato’ Syed Munshe Afdzaruddin Bin Syed Hassandi.

Majlis tersebut bermula sekitar pada jam 8.00 malam. Majlis ini dimulai dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat lainnya seperti Konsulat Jenderal Malaysia di Medan, Pn. Norlin Othman, Pengarah JPMI, Dato’ Junaidi beserta wakil-wakil dari Expo Pendidikan yang sedang berlangsung selama 2 hari, iaitu 13 dan 14 April 2010.

Selain itu, majlis juga dihadiri pelajar seramai 110 orang pelajar, gabungan dari Universitas Sumatera Utara (USU), Universitas Medan (UNIMED) dan Institut Agama Islam Negeri Medan (IAIN).

Di majlis tersebut, terdapat beberapa wakil pelajar membuat persembahan iaitu tarian modern dance dan band. Kedua persembahan tersebut mendapat pujian DUBES. Menurut beliau, walaupun pelajar sibuk belajar, tetapi bakat tetap harus diasah supaya lebih berkembang dan membuatkan personaliti menjadi lebih menarik.



Selain itu, DUBES juga telah menunjukkan bakat beliau seperti menyanyi dan menari poco-poco. Tarian ini telah diikuti secara beramai-ramai oleh para pelajar yang hadir. Majlis makan malam ini berlangsung dalam suasana yang santai dan berakhir pada kira-kira jam 11 malam waktu Medan.

Sekian, dari kami PKPMI-CM

*Gambar Majlis Makan Malam Bersama Duta Besar Malaysia ke Indonesia akan menyusul kemudian.

25/02/2010

Laporan Majlis Dialog Perdana Ke-2 Dirasmikan Oleh Puan Norlin, Konsul Jeneral Malaysia Medan yang baru


Pada tanggal 31 Januari 2010 yang lalu, PKPMI-CM telah mengadakan Majlis Dialog Perdana PKPMI-CM yang dirasmikan oleh Konsul Jeneral Malaysia Medan yang baru, Puan Norlin bte Othman.

Majlis bermula pada jam 9.00 am dengan ucapan dari Pemangku Yang Di Pertua, Ahmad Aizatnur bin Zakaria. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan Puan Norlin sekaligus merasmikan majlis tersebut.

Majlis berjalan langsung dengan sesi dialog antara pelajar-pelajar Malaysia di Medan dengan pihak konsul dan ahli-ahli PKPMI-CM. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan dan penjualan majalah EPISODE PKPMI-CM.

Pihak PKPMI-CM sangat berbesar hati dengan kedatangan Puan Norlin ke bumi Medan sebagai Konsul Jeneral Malaysia yang baru di Cawangan Medan ini. Semoga kerjasama yang diberikan daripada Puan Norlia terhadap barisan PKPMI-CM dan pelajar-pelajar Malaysia khususnya sedikit-sebanyak dapat membantu segala macam permasalahan yang timbul di kalangan pelajar.

p.s: Selamat datang diucapkan kepada Puan Norlin :-)

10/11/2009

Laporan Sambutan Hari Raya PKPMI-CM 2009

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri merupakan acara tahunan bertaraf mega yang disambut oleh semua ahli di peringkat PKPMI-CM. Pada tahun ini, acara yang bermakna ini disambut pada 18 Oktober 2009 bersamaan 30 Syawal 1430 H bertempat di Pusat Pelajar Malaysia.

Ahli PKPMI-CM di semua peringkat termasuk dari USU, IAIN dan Unimed tidak melepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan acara sambutan Hari Raya Aidilfitri walaupun telah berada di penghujung syawal. Tetamu yang hadir adalah berkisar 250 orang.

Tetamu mula memenuhi majlis seawal jam 11.00 WIB. Mereka dihidangkan dengan juadah raya seperti rendang ayam, nasi himpit berkuah kacang, dan tidak ketinggalan, kuih-muih raya yang menambah selera para tetamu. Suasana majlis bertambah meriah dengan ketibaan Konsul Jenderal Malaysia di Medan, Tuan Fauzi bin Omar bersama isteri dan anaknya sebagai tetamu VIP. Lagu-lagu raya yang didendangkan sepanjang majlis sambutan berlangsung cukup membuatkan para tetamu seolah-olah menyambut hari raya di tanah air sendiri.

Majlis beransur berakhir sekitar jam 15.00 WIB. Majlis sambutan hari raya ini dianggap sukses kerana secara umum, perjalanan majlis berjalan dengan baik dan kehadiran tetamu juga melebihi target yang ditetapkan. Terima kasih atas kehadiran ahli yang menjayakan program. Tidak ketinggalan, jutaan penghargaan kepada para panitia yang diketuai oleh Ust. Shatir bin Kamal (IAIN) kerana bertungkus lumus sehingga perjalanan majlis begitu lancar dan sempurna. Diharapkan program sebegini akan diteruskan sebagai wadah untuk yang beragama Islam terutamanya, bagi mengeratkan ukhuwah sesama, bermaaf-maafan jika ada khilaf antara satu sama lain, dan sebagai salah bentuk ibadah yang bernilai di sisi Allah S.W.T.. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

Wan Mohd Suhafifi bin Sukri, Ketua Biro Kebajikan dan Kebudayaan PKPMI-CM.