Entri Terkini »

Tentang PKPMI Cawangan Medan


Sejarah penubuhan PKPMI.

Sejarah wujudnya PKPMI bermula di Pulau Jawa pada tahun 1945. Ketika itu organisasi pelajar-pelajar Malaysia yang ditubuhkan adalah Kesatuan Pelajar-pelajar Malaya (KPM) yang berpusat di Yogyakarta. Organisasi Pelajar-pelajar Malaya yang kedua didirikan di Sumatera pada tahun 1948 yang berpusat di Medan, yang dinamakan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Medan.

Pada tahun 1965, KPM dibubarkan dan membentuk sebuah persatuan baru yang diberi nama Himpunan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia (HPMI) yang juga berpusat di Yogyakarta. Pada tahun terjadinya konfrontasi Malaysia-Indonesia, tidak terdapar sebarang cacatan tentang kegiatan pelajar Malaysia di Indonesia kerana semua pelajar pulang ke tanahair.

Pada tahun 1967, pelajar-pelajar Malaysia mulai datang lagi ke Indonesia. Pada 18 Mei 1968, HPMI mengadakan kongres. Dalam kongres tersebut dipersetujui untuk HPMI menjadi PKPMI iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia Di Indonesia dan menetapkan Jakarta sebagai Pusat. Manakala Yogyakarta adalah sebagai cawangan PKPMI.

Sejak itu, PKPMI terus berkembang terutama di Pulau Jawa bagi membentuk beberapa buah cawangan PKPMI yang di antaranya cawangan Jakarta(18 Mei 1968),Yogyakarta(18 Mei 1968),Bogor (23 Mei 1968),Bandung (12 April 1969), Surabaya(10 November 1972), Bali(30 September 1986), dan Ujung Pandang (17 Oktober 1987).

Setelah konfrontasi tamat, pelajar-pelajar Malaysia di Sumatera kembali ke Indonesia dan mendirikan Himpunan Mahasiswa Malaysia Sumatera (HMMS) yang berpusat di Medan. Pada tahun 1982, HMMS dibubarkan dan bersatu dengan PKPMI. Dengan perkembangan ini, semakin bertambah cawangan-cawangan PKPMI di seluruh Indonesia.

Penubuhan cawangan-cawangan PKPMI di Sumatera bermula dengan Cawangan Medan (Mei 1982), Aceh (25 Disember 1985) dan Padang (25 Mac 1986). Dengan bertambahnya umur PKPMI, maka jumlah cawangan PKPMI turut bertambah. Cawangan-cawanghan PKPMI yang lain adalah Semarang,Malang,Manado,Ujung Pandang, Palembang, Pekanbaru, dan Jambi. Sehingga sekarang ini terdapat 16 cawangan PKPMI di seluruh Indonesia.

Pada tahun penubuhannya, PKPMI telah diiktiraf oleh Kedutaan Besar Malaysia dalam menjalankan kegiatannya. Pada tarikh 4 Febuari 1969, persatuan ini diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.




Tujuan dan matlamat utama Blog.


Blog PKPMI-CM ini dibina bertujuan bagi merealisasikan antara hala tuju persatuan sebagai satu-satunya pertubuhan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia iaitu menjaga kebajikan setiap ahli dari sudut pendidikan, kesihatan, dan segala urusan kehidupan di Medan. Kita akan menjadikan islam sebagai agama rasmi seperti yang termaktub dalam perlembagaan tanpa menghalang mana-mana penganut agama lain untuk menjalankan ritual agamanya masing-masing.


Malah, kita akan berusaha untuk menggembleng kekuatan yang ada pada bangsa India, Cina dan Melayu dalam rangka mewujudkan sebuah keluarga besar PKPMI-CM yang akan mengangkat Malaysia ke persada antarabangsa.

Semoga blog pkpmi-cm ini menjadi wadah kepada para ahli untuk menyalurkan sebarang komentar, pandangan, masalah maupun cadangan yang membina kepada persatuan dalam rangka mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari aspek sosial dan tingkah lakunya.

Wallahua'lam.