Entri Terkini »

25/02/2010

Laporan Majlis Dialog Perdana Ke-2 Dirasmikan Oleh Puan Norlin, Konsul Jeneral Malaysia Medan yang baru


Pada tanggal 31 Januari 2010 yang lalu, PKPMI-CM telah mengadakan Majlis Dialog Perdana PKPMI-CM yang dirasmikan oleh Konsul Jeneral Malaysia Medan yang baru, Puan Norlin bte Othman.

Majlis bermula pada jam 9.00 am dengan ucapan dari Pemangku Yang Di Pertua, Ahmad Aizatnur bin Zakaria. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan Puan Norlin sekaligus merasmikan majlis tersebut.

Majlis berjalan langsung dengan sesi dialog antara pelajar-pelajar Malaysia di Medan dengan pihak konsul dan ahli-ahli PKPMI-CM. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan dan penjualan majalah EPISODE PKPMI-CM.

Pihak PKPMI-CM sangat berbesar hati dengan kedatangan Puan Norlin ke bumi Medan sebagai Konsul Jeneral Malaysia yang baru di Cawangan Medan ini. Semoga kerjasama yang diberikan daripada Puan Norlia terhadap barisan PKPMI-CM dan pelajar-pelajar Malaysia khususnya sedikit-sebanyak dapat membantu segala macam permasalahan yang timbul di kalangan pelajar.

p.s: Selamat datang diucapkan kepada Puan Norlin :-)

19/02/2010

Dari Datuk Dr Junaidy - Pengarah JPMI


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1.Saya ingin merakamkan sepenuh penghargaan diatas segala sokongan dan kerjasama semua pemimpin pelajar dan para pelajar semua sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Pengarah JPMI selama 3 tahun 2 bulan. Saya dan keluarga juga mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang perkhidmatan saya di sini. Tempoh saya akan tamat pada 31 Januari 2010.

2. Namun atas kehendak Allah SWT, Kerajaan Malaysia telah sekali lagi menyambung perkhidmatan saya sebagai Pengarah JPMI selama DUA tahun lagi, mulai 1 Februari 2010 hingga 31 Januari 2012.

3. Sekali lagi saya mohon kerjasama semua pemimpin pelajar dan para pelajar semua dalam menjaga keharmonian dan keamanan hidup kita di rantau orang. Saya berjanji akan membantu susah payah dan perjuangan para pelajar semua seperti yang telah kita lalui bersama sebelum ini. Sekali lagi terima kasih. Salam.

Datuk Dr Junaidy Abu Bakar
Pengarah
Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia (MSD)
Kedutaan Besar di Indonesia
Jakarta. Indonesia.
+62 81 80 88 11111

p.s: Tahniah dari kami barisan pimpinan PKPMI-CM. semoga agenda kebajikan anak-anak Malaysia di Indonesia terus berjalan dengan baik.

18/02/2010

MSK vs Ospek


Disiarkan di dalam Majalah Episode (PKPMI-CM 2010)

Nur Fairuz Binti Md Teridi

Exco Hal Ehwal Pelajar,

Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) Pusat sesi 09/10

Fakulti Kedoktoran Universiti Trisakti, Jakarta


Persatuan Kebangsaan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) yang ditubuhkan pada 18 Mei 1968 adalah sebuah persatuan yang bertanggung jawab untuk menyatupadukan seluruh pelajar Malaysia di Indonesia dan menjaga kepentingan dan kesejahteraan para pelajar tersebut. PKPMI dinaungi oleh Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia dan sehingga kini terdapat sebanyak 15 cawangan PKPMI di seluruh Indonesia.

Antara amanah yang diberikan kepada PKPMI dalam membantu para pelajar adalah melalui penganjuran Majlis Suai Kenal (MSK) yang diadakan khas untuk pelajar baru. Exco Pembangunan dan Hal Ehwal Pelajar PKPMI Pusat mengambil inisiatif hasil dari Kongres Tahunan pada bulan April 2008 untuk menyelaraskan MSK di seluruh cawangan di Indonesia. Kesepakatan ini tercapai apabila timbulnya beberapa hal yang kurang menyenangkan di beberapa cawangan yang menerima tempias dari sistem orientasi di Indonesia atau lebih dikenali sebagai OSPEK.

OSPEK adalah singkatan kepada Orientasi dan Pengenalan Kepada Lingkungan Kampus. OSPEK telah menjadi suatu tradisi yang melembaga sejak dahulu pada institusi pendidikan di Indonesia seperti SMA dan Perguruan Tinggi terutama pada masa penerimaan pelajar dan mahasiswa baru. Pada dasarnya OSPEK mempunyai tujuan untuk mempersiapkan pelajar-pelajar baru, tetapi lama-kelamaan ianya telah dipesongkan dan menjadi medium bagi para senior ‘mengajar’ para junior. Sistem OSPEK ini menggunakan pendekatan yang agak kasar dan tegas yang mana tidak sejajar dengan budaya dan nilai-nilai yang ada di Malaysia. Dalam rangka pelaksanaan aktiviti OSPEK di kampus, pelajar-pelajar baru diperlakukan sesuka mereka sehingga dianggap menjatuhkan harga diri pelajar itu sendiri. Akibat dari aktiviti yang dilakukan dikatakan mendera minda dan psikologi pelajar baru, jika dipandang dari sudut psikologinya, maka akan timbul yang dinamakan ‘Trauma Psikologi’. Justeru, hal ini menimbulkan keraguan di kalangan ibu bapa dan penjaga untuk membenarkan anak-anak mereka turut serta dalam acara MSK di Indonesia meskipun dianjurkan oleh pihak PKPMI sendiri.

Akibat timbulnya perkara negatif tersebut, maka ramai daripada pelajar baru dari Malaysia menolak untuk mengikuti acara suai kenal yang dianjurkan oleh pihak PKPMI. Maka dengan itu, wujudlah MSK yang menggantikan OSPEK. Objektif utama MSK ini adalah untuk memperkenalkan para pelajar baru dengan lingkungan dan memupuk semangat silaturahim sesama pelajar.

Dalam penyelarasan MSK ini, pihak PKPMI Pusat telah mengatur pertemuan dengan pelajar-pelajar yang akan berangkat ke Indonesia di Malaysia semasa taklimat ‘Pre-depature” dilangsungkan. Hal ini bertujuan memberi gambaran awal kepada pelajar dan ibu bapa terhadap apa yang bakal mereka hadapi kelak sekali gus membantu mereka membuat persediaan yang mencukupi sebelum melangkah ke sini. Penganjuran program ini dianggap penting kerana suasana dan persekitaran baru yang jauh berbeza dari suasana di tanah air seperti perbezaan dari segi bahasa pertuturan, mentaliti masyarakat sekitar, adat resam dan lain-lain. Dengan ini diharapkan para pelajar akan lebih cepat beradaptasi dengan lingkungan baru dan memudahkan proses pembelajaran kelak. Segala aktiviti dan acara yang dijalankan akan dipantau oleh wakil dari PKPMI cawangan dan para senior dari setiap universiti ditugaskan menjadi mentor atau fasilitator kepada para pelajar baru.

Semasa MSK ini berlangsung, aktiviti yang dilakukan adalah memperkenalkan beberapa struktur dan organisasi yang penting kepada para pelajar. Para pelajar akan diperkenalkan dengan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia serta fungsinya, dan struktur organisasi PKPMI sama ada PKPMI pusat atau cawangan berserta ahli-ahlinya. Beberapa sesi pertemuan antara pelajar baru dan wakil dari Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia diadakan di setiap cawangan bertujuan memperkenalkannya sebagai badan yang berwajib yang menjaga kebajikan pelajar. Para pelajar baru turut diperkenalkan dengan pelajar-pelajar senior semasa MSK ini berlangsung. Aktiviti-aktiviti selingan contohnya acara sukan dan rekreasi dilangsungkan antara para pelajar senior dan pelajar baru supaya ikatan persahabatan terjalin erat dan timbulnya rasa kekitaan di kalangan para pelajar.

Diharapkan dengan adanya MSK ini, pelajar-pelajar baru akan lebih cepat beradaptasi dengan lingkungan dan persekitaran baru yang mana ia jauh lebih berbeza dengan lingkungan di tanah air. Bukan itu sahaja, mentaliti OSPEK dari minda pelajar baru di Indonesia dan ibu bapa juga dapat dibuang jauh kerana MSK menerapkan nilai-nilai yang sejajar dengan adat dan budaya rakyat Malaysia dan jauh berbeza dari OSPEK. Selain itu harapan agar pelaksanaan MSK ini dapat dicapai dengan jayanya, berbekalkan kerjasama seluruh pihak sama ada PKPMI pusat dan cawangan seluruh Indonesia. Semoga penganjuran Majlis Suai Kenal ini akan menjadi pemacu dalam kejayaan para pelajar menuntut ilmu.

17/02/2010

Amanat: Pemangku YDP PKPMI-CM sesi 2008/ 09

Disiarkan di dalam Majalah Episode (PKPMI-CM 2010)

Ahmad Aizatnur Bin Zakaria

Pemangku Yang Dipertua,

Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) Cawangan Medan sesi 08/09

Fakulti Kedoktoran Gigi, Universiti Sumatera Utara, Medan


Assalamualaikum Wbt.

Puji syukur kita panjatkan ke hadrat Ilahi, atas nikmat iman, nikmat persaudaraan dan silaturahim ini sehingga kekeluargaan kita tetap terbangun dan tetap terpelihara di bawah naungan spiritual yang terdapat bendera kecil yang kita namakan Keluarga Besar Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia – Cawangan Medan, sebuah keluarga yang semoga Tuhan memberkahi kita dengan events di dalamnya untuk saling mengingatkan antara kebenaran dan ketabahan kerana kita adalah satu keluarga, 1Malaysia!

Menjelang tahun baru 2010 ini, Negara kita dilanda dengan pelbagai kontroversi dan provokasi negatif yang bertujuan bagi menggugat kedamaian dan kesejahteraan rakyat majmuk.

Tidak kira siapa dalang di sebaliknya, kita kesal atas apa yang berlaku. Yang melakukan tersebut atas niat itu tentulah musuh Negara. Ya, mereka adalah musuh Negara! Mereka melakukan jenayah itu dengan harapan untuk menimbulkan pergaduhan antara penganut agama di negara ini. Bukan begitu.

Kita adalah golongan terpelajar, orang sekarang menyebutnya sebagai intelaektual. (Intellectual is a person who uses intelligence (thought and reason) and analytical thinking, either in a professional or a personal capacity).

Dengan itu, saya berharap agar penerbitan majalah Episode Edisi Pertama ini menjadi ‘batu asas’ sebagai mewujudkan budaya ilmu di kalangan pelajar Malaysia, menerusi penulisan karya kreatif dan analisa kritis terhadap kegiatan persatuan yang termuat di dalamnya. Muaz bin Jabal pernah berkata, ‘Ilmu adalah pemimpin amal dan amal itu berada di belakang ilmu.

Buat akhirnya, tahniah diucapkan kepada sidang redaksi yang bertungkus-lumus menerbitkan majalah yang begitu berharga ini. Mudah-mudahan ia bermanfaat bagi kita semua khususnya penuntut Malaysia di Kota Medan tercinta ini. Dan juga, semoga para pembaca tidak kecewa terhadap isi dari majalah ini. Diharapkan dengan tulisan yang sedikit ini dapat memberikan manfaat dan menjadi ladang amal bagi kita semua.

Wallahua’lam

13/02/2010

Selamat Tahun Baru Cina

Kami dari barisan Kepimpinan PKPMI-CM mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua ahli KKCM dan semua masyarakat Tionghua Malaysia di Medan dan seluruh Indonesia. Semoga tahun ini menjadi tahun yang gemilang.

Dari: Omar Bin Md Rasib, Bendahari Agung PKPMI-CM 2008/ 09

p/s: Semua bisa jadi macan (harimau) aummmmm.... (iklan Biskuat di TV)


Mesyuarat Agung Tahunan PKPMI-CM kali ke-27

Klik untuk besarkan


Amanat: YDP PKPMI Pusat 2009/ 2010

Disiarkan di dalam Majalah Episode (PKPMI-CM 2010)

Khairul Hafidz Alkhair b Khairul Amin
Yang Dipertua,
Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) Pusat sesi 09/10
Universiti Padjadjaran, Bandung,

Fakulti Kedoktoran angkatan 2006

Salam perpaduan,

Pertama mula saya ingin mengucapkan terima kasih kepada editor yang telah berbesar hati untuk meminta saya menuliskan satu artikel amanat buat pelajar-pelajar di Medan. Ucapan salam saya kepada semua pelajar-pelajar di Medan.

Seperti yang rakan sedia maklum, Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia Di Indonesia atau PKPMI pasti kebanyakan rakan-rakan tahu kewujudan persatuan tersebut. Ditubuhkan sejak 1945 di Yogyajakarta dan diakui oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1969, PKPMI telah menjadi saluran utama pelajar Malaysia di Indonesia untuk pelajar mengutarakan sebarang masalah yang mereka hadapi di sini.

Dengan terbentuknya 15 cawangan di seluruh Indonesia, hampir semua aktiviti ataupun permasalahan mahasiswa Malaysia di Indonesia dapat dipantau dan diperpanjang kepada pihak KEDUBES.

Apa yang sedikit mengecewakan adalah bagaimana penerimaan pelajar mengenai PKPMI. Oleh itu, buat barisan pimpinan PKPMI, inilah masanya kita UBAH PERSEPSI dan KEMBALIKAN KEPERCAYAAN pelajar kepada PKPMI.

Daripada PKPMI Pusat untuk sesi kali ini, kami telah tetapkan 6 objektif yang menjadi dasar perjuangan kami:

1. Jaga kebajikan pelajar
2. Bentuk kesatuan antara pelajar
3. Kembangkan hubungan persatuan dengan BEM, Kementerian dan juga NGO yang ada di Malaysia dan Indonesia
4. Menyelesaikan masalah imigrasi pelajar
5. Selesaikan masalah asuransi pelajar
6. Bantu KEDUBES dan juga kerajaan mengenai hal-hal yang berkaitan Malaysia-Indonesia.

Dasar ini telah dibuat hasil daripada pengumpulan masalah-masalah daripada pelajar-pelajar di seluruh Indonesia.

Apa yang penting adalah persatuan buat kerja dan prihatin terhadap segala permasalahan pelajar.Jadilah proaktif bukan pasif. Mendengar segala keluhan pelajar, membantu pelajar yang memerlukan dan buatlah program-program yang dirasakan bermanfaat supaya pelajar-pelajar mendapat faedahnya bukannya memikirkan kepentingan sendiri. Itu apa yang diinginkan oleh mereka. Dan jika semua perkara ini dilakukan percayalah kepercayaan kepada persatuan meningkat malah persepsi mereka juga akan berubah.

Tambahan pula, baru-baru ini isu-isu Malaysia-Indonesia semakin memuncak dan menjadi polemik di sini. Ini bukanlah kali pertama isu-isu seperti ini terjadi. Ibarat macam chip more.. 'kejap ada,kejap tak de'.. Jadi inilah masanya PKPMI bangun membantu atas kesedaran keselamatan pelajar di sini perlu kita awasi. Saya tanyakan kembali kepada semua, bagaimanakah sikap kita dalam menanggapi isu yang ada ini? Perlukah kita bangkit menentang?atau adakah kita harus berdiam diri sahaja? atau kita hanya endah tak endah seperti tidak ada apa-apa yang berlaku?

Sahabat sekalian, kita adalah golongan intelektual, menentang atau terprovokasi dengan isu-isu seperti ini bukanlah satu tindakan yang bijak. Apabila batu bertemu batu akhirnya pecahlah batu, lagi pula jika kita adalah batu kecil mereka batu besar. Akan tetapi jika batu bertemu air walaupun nampak sepertinya air itu lemah, namun sebenarnya air mampu melunakkan batu.

'We may be LOSE in BATTLE but we WIN the WAR'
'MENGALAH bukan ertinya KALAH'

Jadi rakan-rakan sekalian, sabarlah dan tabahlah dalam menghadapi dugaan ini. Anggaplah ini sebagai satu pengalaman yang tidak akan kita dapatkan di tempat lain. Mudah-mudahan ini adalah dugaan yang diberikan oleh Allah SWT untuk kita menjadi yang lebih peka terhadap lingkungan dan Insyaallah membentuk kita menjadi manusia dan pemimpin yang lebih baik.

Kepada semua pimpinan PKPMI, adalah menjadi tanggungjawab kita menjaga keselamatan pelajar. Benar mereka mampu menjaga diri mereka sendiri akan tetapi keselamatan mereka akan lebih terjamin jika ada usaha-usaha yang konkrit dilakukan oleh persatuan untuk pelajar.

APA YANG KITA LAKUKAN ADALAH DEMI DAN HANYA UNTUK PELAJAR.

Itulah yang menjadi matlamat dan objektif kita bersama sebagai persatuan...Sekian.

05/02/2010

Tahniah Kepada Batch 2006 FK USU - Wisuda


Pada tanggal 25 Januari 2010 (Isnin) yang lalu, angkatan 2006 Fakulti Kedokteran, USU telah meraihkan hari WISUDA mereka - hari graduasi sebagai tamatnya pembelajaran TEORI Kedokteran di FK, USU. Setelah ini, mereka akan terjun ke dunia praktikal. Semoga kakak-kakak dan abang-abang terus sukses dan tabah dalam menjalani dunia praktikal perubatan.



TAHNIAH DARI PKPMI-CM!