Entri Terkini »

18/04/2009

Lawatan ke Yayasan Kasih Indonesia 2009


Pada tanggal 08 Mac 2009, Kelab Kebudayaan Cina Malaysia dengan jayanya pertama kali mengadakan Pelawatan ke Yayasan Kasih Indonesia di Jalan Danau Ranau No. 17 Sambu Baru Medan.

Seramai dua puluh lima orang mahasiswa dari Fakultas Kedokteran dan dua orang mahasiswa dari Fakultas Kedokteran Gigi Universitas Sumatera Utara telah melibatkan diri dalam aktiviti ini. Aktiviti ini juga merupakan susulan dari acara majlis makan “CNY Dinner and Charity Gala” yang dianjurkan Kelab Kebudayaan Cina Malaysia pada 7 hari bulan Febuari 2009.

Jadual aktiviti pelawatan ke Yayasan adalah seperti berikut:

1200 - Kanak-kanak dibimbingi oleh senior dalam acara nyanyian
1215 - Sesi memperkenalkan diri (“ice breaking”)
1245 - Pemainan “Musical Chair”
1330 - Jamuan makan Tengah Hari
1430 - Tonton Movie 'Kung Fu Panda'
1530 - Pemainan “Step the balloon!”, “Pass the pingpong”, “Pass the balloon”
1630 - Pemberian Hadiah dan Souvenir

1700 - Meraihkan Hari Jadi untuk kanak-kanak yang lahir pada bulan Mac.

Aktiviti ini tamat pada pukul 5.30 petang dengan sesi foto bersama.


Segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan jayanya. Secara keselur uhannya, lawatan ini agak lancar sepanjang pejalanannya yang merupakan hasil kerjasama yang diberi oleh pihak-pihak yang terlibat terutamanya ahli-ahli kelab. Diharapkan juga aktiviti yang bermanfaat seperti ini dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang.


08/04/2009

Laporan Majlis Penutupan Festival Nur Islam 2009

MEDAN: 29 Mac 2009 yang lalu, program Festival Nur Islam telah menggelung tirainya bagi menutup program tersebut setelah 2 bulan bertungkus-lumus program tersebut berlangsung dengan jayanya oleh BADAR yang terletak di bawah PKPMI-CM. Majlis berlangsung di Dewan Nazir Alwi, Fakultas Kedokteran Gigi, USU.

Majlis penutup Festival Nur Islam (i-Fest) 2009 telah mengundang penceramah jemputan khas dari Malaysia iaitu Ustaz Nabil, salah seorang anggota ahli kumpulan nasyid Fareast, pengacara rancangan Jemputan Umrah di Astro Oasis, dan juga perantara Forum Hal Ehwal Perdana RTM.

Slot pertama majlis tersebut dimulai dengan ceramah daripada Ustaz Nabil yang bertajuk "Ayat-ayat Cinta". Turut diundang isteri beliau, Ustazah Suzana, sebagai salah seorang ahli panel untuk forum "Malu Katakan Cinta" seiring dengan Ustaz Nabil dan Ustaz Ridzuan yang kedua-duanya merupakan panel pelengkap forum tersebut.


Ustaz Nabil yang ramah mengiburkan para hadirin dalam ceramah "Ayat-ayat Cinta".


Forum "Malu Katakan Cinta" yang ahli panelnya terdiri dari Ustaz Ridzuan, Ustaz Nabil dan Ustazah Suzana.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada para ahli panel untuk Forum "Malu Katakan Cinta" yang disampaikan oleh Yang Di Pertua PKPMI-CM, Saudara Amshar bin Mohamad.

Sambutan yang sangat memberangsangkan oleh para hadirin sehingga membanjiri dewan.

Majlis diteruskan dengan persembahan nasyid solo yang disampaikan oleh Saudara Fadhil (Pelajar IAIN-SU). Kemudian, diteruskan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi pertandingan yang dianjurkan sepanjang program i-Fest dijalankan, seperti Badar Game Tournament, Dota, pertandingan menulis sajak, cerpen, khat dan sebagainya. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Majlis berakhir kira-kira pada pukul 4 petang. Tahniah diucapkan kepada semua yang bertungkus lumus mengerah keringat dalam menjayakan program Festival Nur Islam 2009 sepanjang 2 bulan tersebut, tahniah juga buat seluruh panitia yang menjayakan majlis penutupan yang begitu menarik dan menghangatkan.

Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk melahirkan generasi mahasiswa Islam yang mampu menggalang motto PKPMI-CM, "Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan".

Biro Jurnalistik, PKPMI-CM.

06/04/2009

LAPORAN SKPO MPMM 2009

SEMINAR KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI 2009
(SKPO MPMM 2009)


14 & 15 MAC 2009 : MESS PKPMI Taman Polonia 1. Buat julung kalinya Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia ( IAIN SU ), dibawah anjuran Jabatan Setiausaha Agung MPMM telah menganjurkan satu program iaitu “ Seminar Kepimpinan & Pengurusan Organisasi ” ( SKPO 09 ) yang bertemakan “Menggembeling Qiadah Mengiltizam Qudwah ”. Program yang telah berlangsung selama dua hari ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari segi penyertaan dan keberkesanannya.


Antara slot yang ditelah dijalankan adalah Feqh Aulawiyat, Wala’ dan Bara’, Pengendalian mesyuarat, adab dan protokol majlis, Teknik berfikir ,merancang dan menyelesaikan masalah, dan Teknik komunikasi yang berkesan. Kesemua slot tersebut telah disampaikan oleh barisan kepimpinan PKPMI-CM. Program yang berakhir pada petang 15 Mac itu telah menggarapkan satu resolusi yang berkaitan dengan kepimpinan antaranya ialah pendedahan teknik-teknik pengurusan organisasi serta memberi kefahaman tentang peranan individu di dalam organisasi dan menanam keyakinan dalam membentuk jatidiri pimpinan disamping mengeratkan ukhuwah Islamiyah diantara pemimpin dan yang dipimpin. Majlis penutupan pada hari itu juga telah di sempurnakan oleh YDP PKPMI-CM Saudara Amshar Bin Mohammad.

Disediakan oleh : Setiausaha SKPO ‘09

01/04/2009

KPO 09

Betapa kita sangat memerlukan kepada model kepimpinan yang seimbang antara kekuatan emosional, intelektual dan spiritual. Mereka mampu untuk memimpin kerja, merealisasikan target dan membina generasi. Gerakan kemahasiswaan, adalah landasan utama untuk menjadi agen perubahan dalam rangka membina satu komuniti masyarakat yang memiliki sebuah sistem nilai dan pandangan alam yang terbaik dan cemerlang di Malaysia.


TEMA

“Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan”


OBJEKTIF

  • Memberi pendedahan tekhik-teknik pengurusan dalam berorganisasi serta kefahaman terhadap peranan individu dan pimpinan
  • Menanam keyakinan jati diri pimpinan disamping memugar semangat dan kecintaan terhadap mutu kerja dalam persatuan
  • Melahirkan pemimpin yang dinamik dan beridealisme dalam kepimpinan
  • Merapatkan ukhuwah sesama pemimpin.


ANJURAN

Jabatan Setiausaha Agung PKPMI-CM

SASARAN

Semua barisan pimpinan PKPMI-CM dan jemputan:

AJKT Perwakilan Mahasiswa Universiti Sumatera Utara (PMUSU)

AJKT Universiti Negeri Medan (UNIMED)

Institut Agama Islam Negeri SUMATERA UTARA (IAIN-SU)

Badan Kebajikan dan Rohani (BADAR)

Kelab Kebudayaan India Malaysia (KKIM)

Kelab Kebudayaan Cina Malaysia (KKCM)