MEDAN: 29 Mac 2009 yang lalu, program Festival Nur Islam telah menggelung tirainya bagi menutup program tersebut setelah 2 bulan bertungkus-lumus program tersebut berlangsung dengan jayanya oleh BADAR yang terletak di bawah PKPMI-CM. Majlis berlangsung di Dewan Nazir Alwi, Fakultas Kedokteran Gigi, USU.
Majlis penutup Festival Nur Islam (i-Fest) 2009 telah mengundang penceramah jemputan khas dari Malaysia iaitu Ustaz Nabil, salah seorang anggota ahli kumpulan nasyid Fareast, pengacara rancangan Jemputan Umrah di Astro Oasis, dan juga perantara Forum Hal Ehwal Perdana RTM.
Slot pertama majlis tersebut dimulai dengan ceramah daripada Ustaz Nabil yang bertajuk "Ayat-ayat Cinta". Turut diundang isteri beliau, Ustazah Suzana, sebagai salah seorang ahli panel untuk forum "Malu Katakan Cinta" seiring dengan Ustaz Nabil dan Ustaz Ridzuan yang kedua-duanya merupakan panel pelengkap forum tersebut.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada para ahli panel untuk Forum "Malu Katakan Cinta" yang disampaikan oleh Yang Di Pertua PKPMI-CM, Saudara Amshar bin Mohamad.
Majlis diteruskan dengan persembahan nasyid solo yang disampaikan oleh Saudara Fadhil (Pelajar IAIN-SU). Kemudian, diteruskan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi pertandingan yang dianjurkan sepanjang program i-Fest dijalankan, seperti Badar Game Tournament, Dota, pertandingan menulis sajak, cerpen, khat dan sebagainya. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Majlis berakhir kira-kira pada pukul 4 petang. Tahniah diucapkan kepada semua yang bertungkus lumus mengerah keringat dalam menjayakan program Festival Nur Islam 2009 sepanjang 2 bulan tersebut, tahniah juga buat seluruh panitia yang menjayakan majlis penutupan yang begitu menarik dan menghangatkan.
Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk melahirkan generasi mahasiswa Islam yang mampu menggalang motto PKPMI-CM, "Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan".
Biro Jurnalistik, PKPMI-CM.

4 comments:
Salam..
sgt bermakna aktiviti2 yg dijalankan sepanjang i-Fest..
hrp program2 spt ini berterusan
Tahniah ke atas Pengarah Projek i-Fest n panitia2 yg terlibat !!
Moga redha Allah ke atas kalian
dgn ini sy mgumumkan i-Fest akn dijadikan sbg prog tahunan PKPMICM di bwh kelolaan BADAR...:>
YDP, tak best la tajuk "Malu Katakan Cinta".
Lebih baik tukar ke "Tak Malu Katakan Jom Nikah. Kompem dewan tak cukup kerusi. Haha
oh yeke? lain je bunyinye.. takot org dengar o.O
Post a Comment