Entri Terkini »

30/11/2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelajar Malaysia di Indonesia khususnya di Medan, oleh kerana pelbagai kejadian yang buruk telah berlaku dan salah satunya tragedi di Malang, semua mahasiswa diingatkan agar berhati-hati dan menjaga diri sebaik mungkin untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, sentiasalah berwaspada dan segera menghubungi pihak PKPMI-CM atau langsung pihak konsulat sekiranya terjadi sebarang kejadian yang tisak diingini.

Selain itu, mahasiswa dinasihatkan untuk melaporkan diri dan menjalinkan hubungan baik dengan Kepala Lingkungan dan kejiranan masing-masing.

Juga diingatkan agar semua mahasiswa dapat menjaga nama baik negara dan tidak melakukan apa-apa yang mencemarkan nama baik MALAYSIA, ingatlah kita disini adalah warganegara asing dan membawa nama MALAYSIA, jadi jagalah tatatertib dan tatasusila anda semua sesuai dengan agama, bangsa dan undang-undang setempat.

Sekian dari pena YDP PKPMI-CM 2011/2012.
Muhammad Shamill Shamsul Ismail

Kejohanan Futsal Piala Konjen - 12 & 13 November 2011.