Entri Terkini »

30/05/2009

INTERNATIONAL OFFICE (FKUSU) DALAM KERESAHAN


Sudah hampir setahun Internasional Office (IO) Fakulti Perubatan Universiti Sumatera Utara (FPUSU) berfungsi sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal imigresen dan surat fakulti pelajar asing. Nampak hebat dimuka namun naive dari sudut perlaksanaan. Janji-janji manis yang ditabur oleh pihak IO kononnya ingin memudahkan segala urusan imigresen pelajar asing ternyata hanyalah sebuah senyuman sinis yang layak ditampar oleh mana-mana individu yang memiliki akal yang sehat.

Sebelum IO memonopoli hak pengurusan imigresen, pelajar asing diberikan wewenang oleh Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) untuk menguruskannya sendiri di kantor imigresen badan pemerintah. Sila baca artikel saya bertajuk Internasional Office: Antara Punca dan Penyelesaian. Namun, semenjak hal ehwal imigresen ini dikuasai sepenuhnya oleh IO (sebagai orang tengah), pelajar asing semakin dipersulit. Di tambah pula dengan sistem pengurusan yang amburadol. Dari masalah surat Exit Re-Entry Permit (ERP) yang tidak beres, surat fakulti lambat keluar, SPP hilang, tiada surat bukti pembayaran (kwitansi), syarat permohonan yang terlalu ketat hinggalah masalah service charge yang melampau tinggi. Seolah-olah mereka berkata kepada pelajar asing ini, dengan meminjam kata-kata rakan saya, “Talk less do more no complain just follow!”


KERISAUAN YANG BERASAS


Pertama, ia mampu menjejaskan hubungan antarabangsa. Saya menghormati hubungan diplomatic Malaysia-Indonesia yang sudah terjalin sejak sekian lama. Sejarah Kerajaan Majapahit, Samudera-Pasai, Kesultanan Melayu Melaka, hinggalah delegasi perdamaian (1966) menunjukkan betapa utuhnya hubungan kekeluargaan antara dua Negara ini berdasarkan fakta objektif secara historis.


Saya khuwatir apabila permasalahan di IO ini tidak dibendung cepat, ia akan mewujudkan pelbagai rangkaian permasalahan yang merugikan kedua belah pihak. Pada tahun ini sahaja, pelajar Malaysia di USU sudah mencecah hampir 800 orang. Sudah tentu segala permasalahan pelajar akan dirujuk ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta melalui persatuan pelajar. Menjadi adat resam dalam sistem negara nasional; jika rakyat kita di negara mereka dipersulit, maka rakyat mereka di Negara kita juga wajar dipersulit segala pengurusannya. What you give you get back.


Saya harap ia tidak pernah berlaku.


Kedua,
mencemar imej dan nama baik institusi pengajian tinggi di Indonesia. Selama ini, hak pengiktirafan universiti-universiti di Indonesia masih menjadi perdebatan hangat di beberapa instansi berwajib di Malaysia. Namun, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Yayasan Terengganu (YT), dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) masih menghantar pelajar-pelajar elite nya untuk menimba ilmu di Negara yang terkenal dengan budaya intelektualnya yang begitu hebat. Isu IO ini sudah tentu dapat mempengaruhi keputusan mereka dalam menetapkan suatu kebijakan baru.


Nah, sekarang cuba bayangkan. Jika investasi pelajar asing terhenti, siapa akan memberi suntikan dana bagi meneruskan projek pembangunan universiti? Siapa akan membuat ERP, KITAS, SKLD dan lain-lain urusan imigresen & polis? Siapa akan ‘membeli’ surat fakulti? Siapa akan membantu melariskan nasi bungkus peniaga-peniaga kecil? Siapa akan mengisi rumah sewa penduduk setempat? Tidakkah ia sedikit sebanyak dapat merugikan rakyat dan ekonomi Negara kesatuan ini? Pepatah melayu pernah berkata, “jangan kerana nila setitik rusak pula susu sebelanga.”


Ketiga, proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) mahasiswa terganggu. Apabila service charge yang dikenakan tidak seimbang dengan layanan yang ditawarkan sudah tentu akan menimbulkan polemic yang berkepanjangan. Ketidakadilan menyebabkan pelajar terpaksa berulang-alik dalam sehari ke IO semata-mata untuk mendengar celoteh kakitangan borjuis di IO tanpa sebarang hasil yang diharapkan. Bagaimana pula nasib pelajar yang sibuk dengan clinical? Bukan proses P&P sahaja akan terganggu, status kesihatan juga tidak terkendalikan. Namun, mereka tidak pernah berhenti berharap. Para perantau asing ini masih berkeyakinan bahawa pihak fakulti dapat memberikan solusi yang terbaik buat mereka.


REVOLUSI


Baru-baru ini, pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPM-CM) telah mengadakan pertemuan bersama Pak Heri Hartono, Ketua Bagian Status Keimigrasian Polonia. Beliau mengemukakan berkenaan IO sebagai berikut,


“Selama ini, pihak IO tidak pernah menjalinkan sebarang kerjasama dengan pihak imigrasi berkenaan urusan keimigrasian pelajar-pelajar asing. Ketika ditanya sama semua staf, tiada seorang pun yang pernah mengetahuinya.”


Ketika ditanya berkenaan masalah period perpanjangan KITTAS (4 atau 5 tahun?) dan pembuatan EPO seperti yang disarankan oleh pihak IO, beliau menjawab,


“Saya juga aneh, mengapa ramai mahasiswa asing yang datang membuat EPO. Sedangkan masa matinya masih lama, 2010,2011.. Menurut peraturan dari pemerintah Indonesia, mahasiswa asing itu bisa memperpanjang KITTAS nya sebanyak 5 kali atau 5 tahun.


Beliau turut menjelaskan berkenaan isu keterlewatan ERP,


“Ya. Apa yang masuk kepada kami, akan diproses sesuai peraturan. Jika tiada, ya apa yang mau diproses?”


Pertemuan singkat ini sudah cukup untuk menjawab segala kemusykilan yang menghantui fikiran pelajar asing di USU. Sistem pengurusan yang lemah dalam IO ternyata hanya mempersulit para mahasiswa justeru mengundang pelbagai masalah multidimensi. Pelajar asing itu lebih selesa menguruskan segala urusan imigresen secara individu. We need the change!


Sehubungan dengan itu, pihak persatuan dan Pemerintahan Mahasiswa (PEMA) akan segera mengadakan perbincangan meja bulat dengan pihak berwajib (baca: fakulti) sekali lagi bagi mengutarakan suara mahasiswa dan berusaha mencari kesepakatan bersama. Antara perubahan dalam IO yang diusulkan adalah,


Pertama,
Segala urusan imigresen hendaklah diuruskan oleh pelajar dan masing-masing pelajar harus menanggung segala risikonya sendiri. Kedua, pihak IO hanya menguruskan surat fakulti sahaja dan prosedur permohonannya hendaklah diteliti semula.


Saya yakin jika semua pihak berlapang dada dalam membuat sebarang penilaian, mengutamakan aspek spiritual dan moral berbanding bersikap individualistic maka masalah ini dapat segera diselesaikan dengan baik.


Wallāhua’lam.


p/s: Sebarang masukkan, komentar dan saran dapat dikirim ke emel saya, reminder_ki[@] yahoo.com.


Oleh:
A. Muchlis, Naib yang Di-Pertua PKPMI-CM 09, 27 Mei 2009.


Rujukan:

[1] Delegasi Perdamaian

[2] Petunjuk Perlaksanaan Direktur Jeneral Imigrasi

[3] International Office: Antara Punca dan Penyelesaian

27/05/2009

Laporan Program Solat Hajat & Dialog Perdana PKPMI-CM

MEDAN: Pada 16 Mei 2009 yang lalu, PKPMI-CM telah mengadakan program Solat Hajat sempena peperiksaan akhir semester dan Rumah Terbuka MESS PKPMI-CM.

Program ini adalah bertujuan untuk menghimpunkan barisan kepimpinan PKPMI-CM serta ahli-ahinya, sekaligus ingin memperkenalkan MESS, iaitu Pusat Pelajar Malaysia Medan kepada kesemua ahli-ahli PKPMI-CM.

Selain dapat berhimpun dalam acara Solat Hajat dan bacaan Surah Yaasin berjemaah, dapat juga mengeratkan silaturrahim di antara pelajar-pelajar Malaysia di Medan kesemuanya. Adapun fokus utama program ini adalah menerangkan peranan-peranan Majlis Tertinggi dan Exco-exco PKPMI-CM dan diadakan dialog berupa komen atau pertanyaan dari ahli-ahli PKPMI-CM, kemudian akan dijawab oleh barisan kepimpinan PKPMI-CM.

Pertanyaan yang paling banyak ditanyakan oleh ahli-ahli PKPMI-CM adalah berkenaan dengan imigrasi yang sememangnya menjadi masalah terbesar bagi pelajar-pelajar Malaysia di Medan.

Berikut adalah tentatif yang berjaya dijalankan pada hari tersebut:

6.00 PM: Ketibaan mahasiswa-mahasiswi USU, IAIN-SU dan UNIMED

6.30 PM: Solat Maghrib berjemaah, solat hajat dan bacaan Surah Yaasin berjemaah, solat Isyak berjemaah.

8.30 PM: Dialog Perdana di antara barisan kepimpinan PKPMI-CM dan ahli-ahli PKPMI-CM yang terdiri dari pelajar-pelajar Malaysia USU, IAIN-SU dan UNIMED.

10.30 PM: Jamuan makan.

11.00 PM: Majlis bersurai.



Sesi soal-jawab.

Kami dari AJK PKPMI-CM mengucapkan terima kasih atas kehadiran pelajar-pelajar yang turut mengambil perhatian atas program-program yang dianjurkan oleh PKPMI-CM.

Pertanyaan, komen dan cadangan dari setiap ahli-ahli PKPMI-CM boleh diajukan menerusi email, blog atau terus berhubung dengan kami.

Kebajikan Anda Tanggungjawab Kami.

20/05/2009

Iklan Rumah Sewa

ANDA INGINKAN RUMAH SEWA???





  • 5 UNIT RUMAH, 1 UNIT ADA 2 BILIK, 1 BILIK BOLEH DIDIAMI 2 ORANG

  • FULLY FURNISH (KATIL, ALMARI, KIPAS, MEJA BELAJAR DLL)

  • BERDEKATAN DENGAN MAWAR BAKERY, JLN SETIA BUDI

  • SEBULAN HANYA Rp 400,000 SEORANG (1 BILIK 2 ORANG)






Anda boleh menghubungi:

Amshar

(YDP PKPMI-CM)
+6285664064696

Muhammad Yasir
(Pengerusi PMUSU)
+6085664067380


By: Biro Mess & Lokaliti, PKPMI-CM

13/05/2009

Solat Hajat & Open House Mess






03/05/2009

Pelajar USU Ditahan Di Rumah Sakit Permata Bonda, Medan.

KOTA MEDAN: Pada 11 April yang lalu, seorang ahli PKPMI-CM telah dimasukkan ke Rumah Sakit Permata Bonda, Medan akibat sakit yang dihidapi dan memerlukan rawatan inap.Ahli tersebut adalah pelajar FK USU ’07, saudari Yauzieha yang telah diserang migrain pada tahap yang kuat sehingga terpaksa dimasukkan ke wad tersebut.

Saudari Yauzieha sebelum itu telah mengalami demam selama 4 hari dan pada hari jumaat beliau telah mengadu bahawa beliau merasakan kesakitan yang terlalu kuat pada bahagian kepala.

Setelah didiagnosa oleh doktor,saudari Yauzieha telah didapati menghidapi migrain yang kuat dan telah mengalami ”photofobia” serta saudari Yauzieha mendapati bahawa beliau tidak tahan pada suasana yang bising.

Oleh yang demikian, Yang Di Pertua PKPMI-CM, Saudara Amsyar bin Mohammad beserta exco-exco PKPMI-CM yang lain telah mengambil inisiatif untuk turun melihat sendiri keadaan ahli yang sakit tersebut.

Ketika menziarahi pelajar FK USU ’07 terbabit beliau memberitahu bahawa beliau akan menjalankan pemeriksaan EEG (Electroencephalography), dan setelah mendapatkan rawatan daripada pihak rumah sakit, keadaan beliau kembali stabil. Beliau dijangka keluar dari rumah sakit pada keesokan harinya.

Pihak PKPMI-CM menyeru semua mahasiswa Malaysia untuk sama-sama mendoakan kesembuhan pelajar berkenaan agar beliau dapat kembali ke kuliah seperti biasa. Sekian terima kasih.


Oleh: Biro Kebajikan

Laporan Program Kursus Pengurusan Organisasi 09 (KPO)

MEDAN: Pada 5 April 2009 yang lalu, PKPMI-CM telah mengadakan program Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) yang bertempat di MESS (Pusat Pelajar Malaysia Medan). Seramai 24 orang yang menghadirkan diri pada program tersebut, yang terdiri daripada barisan kepimpinan PKPMI-CM, PM-USU dan MPMM IAIN-SU.

Majlis bermula pada jam 8.00 pagi. Antara kertas kerja yang disampaikan dalam kursus tersebut adalah:

Kertas Kerja 1: Feqh Aulawiyat, Wala' dan Bara oleh Saudara Mohd Ridzuan bin Yahya (Khusus untuk pelajar Muslim)

Kertas Kerja 2: Kunci Perfailan dan Penyediaan Blueprint, Proposal & Kertas Kerja oleh Saudara Mohd Razki bin Mohd Razak.

Kertas Kerja 3: Cara Berkomunikasi oleh Saudara Omar bin Md Rasib

Kertas Kerja 4: Teknik Berfikir, Merancang dan Menyelesaikan Masalah oleh Saudara Mohd Ridzuan bin Yahya

Kertas Kerja 5: Teknik Pengendalian Mesyuarat dan Protokol Majlis oleh Saudara Mohd Razki bin Mohd Razak



Jamuan disediakan, selesai sahaja pembentangan kelima-lima kertas kerja tersebut, majlis perasmian penutupan KPO dilangsungkan dan dirasmikan oleh Encik Syafrin Azmi, selaku konsul muda Konsulat General Malaysia.

Majlis berakhir kira-kira pada jam 9 malam. Tahniah dan syabas diucapkan kepada panitia yang bertungkus-lumus menjayakan majlis tersebut, juga kepada para kesemua peserta. Semoga KPO pada kali ini menjadikan kita lebih berjiwa kepimpinan dalam organisasi yang kita pegang.

"Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan".

Oleh: Biro Jurnalistik, PKPMI-CM

02/05/2009

Penubuhan unit MRG dan MEG PKPMI-CM

Perasmian penubuhan Medical Research Group (MRG) dan Medical Education Group (MEG) Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Medan (PKPM-CM) di Aceh Sepakat pada 12 April 2009 oleh Timb. Yang Di-Pertua PKPMI-CM

Menyedari kepentingan dalam meningkatkan mutu pendidikan pelajar Malaysia yang menuntut di Medan Indonesia, persatuan induk pelajar (baca: PKPMI-CM) yang diterajui oleh barisan kepimpinan yang baru telah mewujudkan dua unit yang baru iaitu Medical Education Group (MEG) dan Medical Research Group (MRG), sejajar dengan motto persatuan pada tahun ini, “Gembleng Kekuatan, Pasak Keilmuan”.

Unit MRG & MEG yang berada dibawah kelolaan Exco Biro Pendidikan & Penyelidikan PKPMI-CM, saudara Amir Kamaruzzaman bermatlamat membuka ruang seluasnya kepada para pelajar untuk bergerak aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan, pendidikan, dan penyelidikan dibidang perubatan pergigian sesuai dengan prinsip agama.

MENGUBAH PERSEPSI


Pada tahun ini, persatuan berusaha mengubah persepsi pelajar terhadap fungsi persatuan itu sendiri. Persatuan bukan hanya futsal. Persatuan bukan hanya dinner. Persatuan bukan hanya solat hajat. Persatuan bukan hanya menguruskan imigrasi. Persatuan adalah satu wadah, berperanan melahirkan pelajar yang berakhlak tinggi, berkompetensi dalam kerjaya, dan mencapai tujuan tertingginya iaitu keimanan kepada ALLAH tanpa menghalang mana-mana pelajar bukan muslim untuk mengamalkan ajaran agamanya masing-masing.

Lihat Perlembagaan PKPMI Bab II Asas dan Tujuan Fasal 5,

“Persatuan ini berdasarkan pada pendidikan, persahabatan dan kerjasama dengan pihak-pihak berkaitan untuk meningkatkan mutu pendidikan dan kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia dengan berteraskan pada NILAI-NILAI ISLAM dan Ideologi kebangsaan Malaysia (Rukun Negara).”


Seminar Karya Tulis Ilmiah:
Program No#1 Medical Research Group (MRG PKPMI-CM) Anjuran Bersama Unit Scorer PEMA FK USU yang mendapat sambutan menggalakkan dari pelajar Malaysia dan Indonesia.