Entri Terkini »

30/04/2010

Dari Meja Yang diPertua PKPMI-CM 2010/2011



Assalamualaikum w.b.t., dan salam 1 Malaysia, setelah sekian waktu akhirnya dapat juga kesempatan bagi saya mencoretkan kata menoktahkan serangkai ayat. Pertamanya syukur saya panjatkan ke Hadrat Allah Yang Maha Esa kerana telah memberikan saya ruang dan peluang untuk meneruskan dan mengambil-alih tampuk kepimpinan dari sahabat saya, saudara Aizatnur bin. Zakaria, yang telah banyak sebenarnya memberikan tunjuk ajar selama saya berada di bawah beliau. Keduanya terima kasih diucapkan buat rakan-rakan seperjuangan terutama dari 3 universitas di Medan yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk memberikan yang terbaik dalam menjaga kebajikan ahli, meningkat serta memajukan PKPMI-CM untuk sesi ini. Ketiganya, buat semua ahli jawatankuasa tertinggi, ahli-ahli jawatankuasa yang sanggup meluangkan ruang dan masa untuk bersama-sama meneruskan dan memantapkan persatuan ini.
InyaALLAH, kami, barisan kepemimpinan PKPMI sesi ini akan melakukan sdaya yang mungkin untuk menjadikan PKPMI suatu persatuan yang sememangnya sesuai dengan namanya sendiri sebagai persatuan, yakni menyatukan kesemua ahli tanpa mengira bangsa dan agama. Maka pada sesi ini terdapat beberapa hal yang menjadi teras dalam memacu kami selaku barisan pimpinan untuk bekerja memajukan persatuan :

1. Meletakkan kesemua anak persatuan, termasuk perwakilan universiti sebagai satu, bergerak sebagai satu. Maksudnya di sini adalah, setiap aktiviti yang dijalankan baik unit, badan atau exco persatuan, perwakilan hendaklah terbuka dan tidak tertakluk kepada hanya pada sesetengah bilangan ahli sahaja, paling tidak adanya kehadiran wakil dari setiap anak persatuan.

2. Menjadikan persatuan lebih terbuka secara lebih menyeluruh. Secara umumnya adalah di mana persatuan membuka ruang kepada mana-mana badan di luar persatuan serta persatuan selain dari yang berada di bawah naungan PKPMI-pusat untuk mengadakan aktiviti bersama dengan persatuan ataupun memerlukan bantuan persatuan dalam menjayakan aktiviti mereka di medan.

3. Memastikan Kebajikan ahli terjaga dan memberikan bantuan yang termampu bagi meringankan beban ahli persatuan serta menganjurkan aktiviti berkaitan kebajikan. Oleh itu, demi menjaga kepentingan bersama, adalah amat diharapkan yang belum melakukan pembayaran yuran keahlian agar dapat berbuat demikian, agar penyaluran bantuan terutamanya dalam bentuk kewangan dapat berjalan dengan lancar. Untuk pengetahuan, yuran tahunan keahlian sebnarnya juga bertindak seperti tiket untuk mendapatkan bantuan dari persatuan, dengan terdaftarnya sebagai ahli berbayar membolehkan saudara-saudari mendapatkan bantuan kebajikan dari tabung kebajikan pusat secara automatik.

4. Menggalakkan aktiviti berbentuk kesukanan, kesenian dan kebudayaan. Sehubungan dengan itu, persatuan pada sesi ini membentuk exco yang baru dan membezakan dengan kerohanian, yak ni membentuk exco kesenian dan kebudayaan, dimana dengan wujudnya exco ini diharapkan lebih banyak aktiviti melibatkan kesenian dan kebudayaan anak bangsa ditonjolkan dan diadakan, manakala untuk sukan, pada ssi ini juga pihak persatuan akan menggiatkan juga aktiviti sukan dengan menghantar satu kontinjen di bawah payung PKPMI-CM untuk bertanding dalam pelbagai acara di Bandung Games 2010, yang bakal diadakan pada bulan Oktober disamping piala Konjen dan aktiviti lainnya.

5. Memantapkan jiwa meragakan kecemerlangan. Menerusi exco kerohanian dan exco pendidikan, persatuan melalui kebijakan exco akan membawa ahli merentas sempadan dalam mengisi ilmu di dada dan menanam dan menumbuhkan buah-buah akhlak yang baik menerusi aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dan memastikan aktiviti yang dijalankan seimbang serta memenuhi aspek kecemerlangan serta adanya pengisian. kerohanian.

Akhir kata, saya berdoa serta berharap agar kepimpinan akan berjaya membawa perubahan ke arah menjadikan persatuan sebuah yang lebih baik, bersatu dan cemerlang. Sekali lagi diharapkan kepada ahli-ahli agar turut membantu dalam memajukan persatuan, kerana sesungguhnya persatuan adalah milik bersama, sesungguhnya kejayaan persatuan adalah kejayaan semua dalam merubahnya menjadi lebih baik dan kera itu juga "perubahan itu pasti".

Sekian,

Mohd Lokman Hamawi Bin Mohd
YDP PKPMI-CM 2010/2011

29/04/2010

Kepada semua rakyat Malaysia di sekitar Medan

Workshop on Emergency Coordination and Strategic Planning for Disaster Management Oleh MERCY Malaysia Pada Hari Ahad, 2 Mei 2010



Sukacita dimaklumkan bahawa Konsulat Janeral Malaysia di Medan dengan kerjasama MERCY Malaysia akan menganjurkan satu bengkel bertajuk "Workshop on Emergency Coordination and Strategic Planning for Disaster Management (ECSPDM)" untuk semua rakyat Malaysia yang bermastautin di Medan dan kawasan sekitarnya.

Seperti yang diketahui umum semenjak berlakunya bencana besar tsunami di Aceh pada 26 Disember 2004, telah menyusul beberapa kejadian bencana alam berskala besar di Sumatera dan Kepulauan sekitar seperti Nias, Simuele dan Mentawai. Kota Medan telah bernasib baik tidak mengalami bencana ini secara terus namun masih menerima impak sampingan bencana-bencana ini.

Oleh yang demikian, keperluan untuk perancangan strategik dan persiapan terhadap bencana masa akan datang amatlah mendesak supaya kumpulan sasaran dapat mengetahui, memahami serta bersiap sedia untuk menangani bencana ini secara sistematik dan tersusun.

Tujuan utama bengkel ini untuk memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada semua rakyat Malaysia sekitar Medan tentang tindakan yang perlu diambil sebagai persediaan menghadapi bencana-bencana alam yang mungkin berlaku di Sumatera ini.

Bengkel ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: Ahad, 2 Mei 2010
Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat:
Ballroom, Tingkat 8, Hotel Asean International, Jalan Hj. Adam Malik No.5, Medan 20144


Aturcara adalah seperti diberikut:

0900 Pendaftaran

0930-1000 Upacara pembukaan bengkel "ECSPDM" oleh Puan Norlin Othman,
Konsul Janeral Malaysia di Medan.

1000-1030 "Roles & Responsibility of Civil Society in Disaster Area" oleh Executive Director MERCY Malaysia.

1100-1200 "Emergency Coordination in Disaster Area" oleh Puan Zuraidah Mian.

1300-1400 Lunch Break

1400-1600 Bengkel-"Humanitarian Emergency Response" oleh Encik Norazam Ab Samah
Fasilitator: Ar Azman Zainonabidin, Sr Syed Harris S. Mustafa, Tajol
Idrus dan Zulkarnaen

1600-1700 Group presentation
Jamuan Teh


Semua rakyat Malaysia dan keluarga masing-masing adalah dijemput meghadiri bengkel ini yang diharap dapat membantu kita semua dalam menghadapi bencana alam khususnya gempa bumi atau tsunami.

Sila maklumkan penyertaan tuan/puan selewat-lewatnya hari Jumaat, 30 April 2010 melalui:

Telefon: 4531342
Fax: 4534681
email: malmedan@kln.gov.my

Sekian, terima kasih.

* Amanat dari Puan Norlin Othman, Konsul Janeral Malaysia di Medan.

26/04/2010

Laporan Makan Malam Bersama Duta Besar Malaysia ke Indonesia

Pada 13 April 2010, bertempat di Hotel Grand Angkasa, Medan, telah berlangsung Majlis Makan Malam bersama Duta Besar Malaysia ke Indonesia, TYT Dato’ Syed Munshe Afdzaruddin Bin Syed Hassandi.

Majlis tersebut bermula sekitar pada jam 8.00 malam. Majlis ini dimulai dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat lainnya seperti Konsulat Jenderal Malaysia di Medan, Pn. Norlin Othman, Pengarah JPMI, Dato’ Junaidi beserta wakil-wakil dari Expo Pendidikan yang sedang berlangsung selama 2 hari, iaitu 13 dan 14 April 2010.

Selain itu, majlis juga dihadiri pelajar seramai 110 orang pelajar, gabungan dari Universitas Sumatera Utara (USU), Universitas Medan (UNIMED) dan Institut Agama Islam Negeri Medan (IAIN).

Di majlis tersebut, terdapat beberapa wakil pelajar membuat persembahan iaitu tarian modern dance dan band. Kedua persembahan tersebut mendapat pujian DUBES. Menurut beliau, walaupun pelajar sibuk belajar, tetapi bakat tetap harus diasah supaya lebih berkembang dan membuatkan personaliti menjadi lebih menarik.



Selain itu, DUBES juga telah menunjukkan bakat beliau seperti menyanyi dan menari poco-poco. Tarian ini telah diikuti secara beramai-ramai oleh para pelajar yang hadir. Majlis makan malam ini berlangsung dalam suasana yang santai dan berakhir pada kira-kira jam 11 malam waktu Medan.

Sekian, dari kami PKPMI-CM

*Gambar Majlis Makan Malam Bersama Duta Besar Malaysia ke Indonesia akan menyusul kemudian.

23/04/2010

Pengumuman penting untuk Program Disaster Preparedness

Pengumuman!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua ahli PKPMI-CM. Berhubungan dengan Program Disaster Preparedness yang akan diadakan pada 2 Mei 2010, diminta agar semua ahli PKPMI-CM untuk menyertai program ini. Program ini sangat penting untuk kita semua kerana program ini akan mengajar kita langkah yang perlu kita lakukan semasa terjadi bencana. Ingat, "malang tidak berbau" dan bencana boleh datang secara tiba-tiba.

Oleh itu, kepada semua ahli PKPMI-CM yang akan hadir ke Program Disaster Preparedness, diminta untuk menghubungi saudara Zul FK USU 07 (08566351997) berserta nama anda, jurusan, tahun angkatan dan sem semasa, alamat surat menyurat di Malaysia dan di Indonesia, nombor telefon di Malaysia dan di Indonesia, email, dan tajaan (jika ada). Keselamatan anda semua, keutamaan kami. Sayangilah diri anda dengan menghubungi kami dan memberi data peribadi anda seperti diatas dan sertailah program ini. Terima kasih

Sekali lagi, data peribadi yang diperlukan:

Barisan Kepimpinan PKPMI Cawangan Medan 2010/2011

Barisan Kepimpinan PKPMI Cawangan Medan 2010/2011



YANG DIPERTUA
Mohd Lokman Hamawi bin Mohd
+62819853566
loikeltd87@gmail.com




TIMBALAN YANG DIPERTUA
Tuan Muhammad Badiuzzaman bin Tuan Ismail
+6281933407787
badiee_mu5mi@yahoo.com




SETIAUSAHA
Nur Rihana binti Jaafar
+6285664191441
natalia_r225@yahoo.com



TIMBALAN SETIAUSAHA
Krishna Veni MallinaiduJajarkan ke Tengah



BENDAHARI
Omar



TIMBALAN BENDAHARI
Siti Hajar binti Shamsudin
+6281933285444
briseis88@hotmail.co.uk



BIRO KEBAJIKAN DAN KEROHANIAN
Nik Ahmad Indera
+6281973159531

Nabilah Binti Ab. Karim
+6287868209755
qamarunnajmi_nabilah@yahoo.com



BIRO PENERANGAN DAN PUBLIKASI
Mohd Redzuan bin Norazlan
+6281933224211
wan_azlan88@yahoo.com.my

Hui Wen Pen



BIRO PENDIDIKAN
Muhammad Abduh Munauwar
+6281533394860

Farhanum



BIRO SUKAN DAN ACARA
Dzul Effendi
+628566351997

Ahmad Zeiree



BIRO MESS DAN LOKALITI
Lee Wei Lun

Norhashimah
maruko_039@yahoo.com



BIRO IMIGRASI DAN KEPOLISIAN
Kesavan

Abdul Razak bin Haidzir



BIRO KESENIAN & KEBUDAYAAN
Amira Fahimah

Siti Fatimah



BIRO PERHUBUNGAN & TUGAS-TUGAS KHAS
Muhammad Al-Ameen bin Ishak

Parthiban



PRESIDEN PM-USU
Nazrul Amar
+62819631873
apangkia@yahoo.com




PRESIDEN MPMM
Hadi



PRESIDEN PMMU
Muhammad Al-Ameen bin Ishak



PENGERUSI TETAP
Ong Zong Wei



Motto

"Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan"

*Pertukaran nombor hp dan email AJK PKPMI akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa