Entri Terkini »

20/10/2010

Pendaftaran untuk Family Day PKPMI-CM telah dibuka!!!

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera. Kepada ahli-ahli PKPMI-CM yang telah meng"klik" attending event dalam facebook PKPMI-CM, sila bagi nama anda kepada wakil-wakil batch beserta bayaran sebanyak Rp. 100k.

Kita akan bertolak dari pada petang Sabtu (6/11/10) ke PANTAI PONDOK PERMAI. Selain camping, BBQ, main-main dan makan-makan, kita juga ada qiyamullail...

Peserta juga akan mendapat baju. Jadi, cepat-cepat la bagi nama anda kepada wakil batch, beserta saiz t-shirt anda (size S tidak ada, yang ada M, L , Xl, XXL)...

Tentatif program akan dikeluarkan tidak lama lagi. Sekian.

19/10/2010

Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia IAIN-SU kali ke-6

Assalamuailaikum dan selamat sejahtera,
Pada hari Sabtu yang lalu (16 Oktober 2010) telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia IAIN-SU kali ke-6 pada jam 8.00 pagi bertempat di No.16, Gg Suka Maju, Jalan Perjuangan, Medan.

Mesyuarat Agung Tahunan MPMM sesi 2009/2010 ini dimulai dengan Sesi Pendaftaran Pengundi, Bacaan Al-Quran sbagai pembuka majlis, kemudian diikuti dengan Ucapan Alu-aluan dari Presiden MPMM sesi 2009/2010, Mohd Fakhrul Hadi bin Ariffin.

Setelah itu, majlis dilanjutan dengan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan MPMM sesi 2009/2010. Majlis ini telah dirasmikan oleh Naib Yang Dipertua PKPMI-CM sesi 2010/2011, saudara Tuan Muhammad Badiuzzaman bin Tuan Ismail sebagai wakil Yang Dipertua PKPMI-CM sesi 2010/2011 kerana saudara Mohd Lokman Hamawi bin Mohd pada masa itu tidak dapat menghadirkan diri atas urusan tertentu.

Pada jam 10.30 pagi, Mesyuarat Agung Tahunan ini dimulakan. Selesai solat Zuhur, majlis dilanjutkan dengan pengumuman hasil pilihanraya MPMM sesi 2010/2011. Pilihanraya ini mempertandingkan jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Timbalan Setiausaha, dan Timbalan Bendahari. Dari hasil undian pilihanraya MPMM sesi 2010/2011, Presiden MPMM IAIN-SU yang terpilih untuk sesi 2010/2011 adalah Muhammad Waqei' bin Romli.

Setelah hasil pilihanraya MPMM sesi 2010/2011 diumumkan, sebelum majlis bersurai, majlis ditutup dengan Doa Rabitah.

16/10/2010

Futsal Piala Konjen 2010

Jom kita pergi beramai-ramai!!!
Sokong pasukan pilihan anda!!!

14/10/2010

Program Sambutan Mahasiswa Baru 2010

Program orientasi bagi pelajar-pelajar baru adalah program tahunan yang diadakan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Medan (PKPMI-CM) bagi meraikan kedatangan warga-warga baru yang bakal menjadi sebahagian daripada keluarga PKPMI-CM di bumi Medan ini. Pada tahun 2010 ini, majlis sambutan ini dinamakan Program Sambutan Mahasiswa Baru (PSMB) dan telah berlangsung di Asrama Haji Medan selama 2 hari berturut-turut iaitu pada 7 dan 8 Ogos 2009. Peserta program adalah merupakan mahasiswa baru stambuk 2010 yang bakal menjalankan perkuliahan di Universitas Sumatera Utara (USU). Mahasiswa baru stambuk 2010 yang bakal menjalankan perkuliahan di Institut Agama Islam Negeri Medan (IAIN-SU) masih belum tiba ke Medan dan mendaftarkan diri di IAIN-SU selepas cuti hari raya Aidilfitri. Program Orientasi untuk mahasiswa baru IAIN-SU telah dibuat setelah cuti hari raya Aidilfitri iaitu pada 9 Oktober 2010 yang lalu. Peserta-peserta program orientasi pelajar-pelajar baru 2010 (USU) telah mendaftarkan diri sekitar jam 6.30 petang WIB pada 7 Ogos 2010. Seramai hampir 100 orang panitia dan fasilitator, yang diketuai oleh saudara Tn. Muhammad Badiuzzaman bin Tuan Ismail selaku pengarah program telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini sebelum dan semasa ia berlangsung.

Pada hari pertama, program ini telah dirasmikan oleh Yang Di-Pertua PKPMI-CM, Mohd Lokman Hamawi Bin Mohd.

Sepanjang program, panitia unit disiplin dan protokol begitu bekerja keras bagi memastikan para peserta disiplin sepanjang program terutama melibatkan waktu dan barang-barang amanah yang diminta dibawa oleh setiap perserta. Aktiviti yang dijalankan juga banyak berbentuk modul yang dijalankan mengikut kelompok. Antara modul yang dijalankan adalah ‘Chicken Dance’, ‘Mummy’, dan ‘Burung Hantu’. Para fasilitator dan peserta begitu menampakkan semangat bekerjasama dalam menjayakan setiap modul yang dilaksanakan.


Majlis penutup telah diadakan pada jam 22.00 WIB pada hari terakhir program. Ia telah dihadiri oleh Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia, Pn. Norlin Othman. Para peserta juga telah mempersembahkan bakat masing-masing ketika majlis penutup tersebut.

Program diakhiri dengan majlis memohon maaf antara peserta dan semua panitia, termasuk fasilitator.

Di wajah para peserta telah menunjukkan wajah keceriaan dan harapan agar setelah program ini, mereka dapat terus menjalinkan hubungan yang erat dengan abang-abang dan kakak-kakak yang mereka kenal sepanjang PSMB ini.

Dengan berakhir program ini, maka para peserta secara rasminya telah menjadi ahli PKPMI-CM yang sah. Doa dan harapan agar adik-adik baru 2010 dapat bersama-sama selangkah kaki, sehayun tangan dalam menghadapi apa jua rintangan dan tribulasi ketika di perantauan demi mencapai cita-cita yang diimpikan.


Oleh: Mohd Redzuan bin Norazlan, Unit Publikasi Program PSMB 2010.


p/s: Tahniah buat semua panitia PSMB 2010 yang bertungkus lumus menjayakan program tersebut dan selamat datang kami ucapkan buat pelajar-pelajar baru Malaysia ke Medan.