Entri Terkini »

11/05/2013

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PKPMI-CM yang ke-30


 Selamat sejahtera kepada semua warga PKPMI-CM!

Sudah tiba masanya untuk Mesyuarat Agung Tahunan PKPMI-CM yang ke-30!

Dirasmikan oleh: Encik Ahmad Rozian bin Abdul Ghani, Konsul Jeneral Malaysia di Medan
Tarikh : 19 Mei 2013 (AHAD)
Tempat : Management Convention Hall, Yayasan Mutiara Suara Nafiri Medan (Jl. K.H. Wahid Hasyim No. 96-88 Medan)
Waktu : 8.00 pagi - 4.30 petang
*Sarapan dan makan tengahari disediakan



SEMUA mahasiswa Malaysia di Medan dijemput hadir! Pembahasan laporan tahunan AJK sesi 2012/13 dan juga pemilihan AJK sesi 2013/14 akan diadakan pada AGM ini. Marilah kita berbincang untuk menyelesaikan masalah dan menambah baik kehidupan kita di Medan. Gunakan peluang ini untuk menyuarakan pendapat anda! 

 Mark your calendars! Make a difference! Sekian, terima kasih.

15/04/2013

EXPLORASI JATI DIRI - WATER RAFTING!



Selamat sejahtera kepada semua warga PKPMI-CM!
Kepada semua peminat WATER RAFTING, kami akan menganjurkan program EXPLORASI JATI DIRI yang melibatkan aktiviti lasak tersebut pada AHAD ini bersamaan dengan 21 APRIL 2013. Tujuan program ini adalah untuk membina jati diri, teamwork, selain merapatkan hubungan antara mahasiswa2 Malaysia di Medan.

Tempat : Kem Ancol, Anjung Jeram, Sei Babbatu, Tebing Tinggi, Sumatera Utara, RI.
Harga : Rp 130000 SAHAJA! (transport, makanan sehari, rafting)
Waktu : 5am – 11pm (Perjalanan mengambil 3 Jam)

Tempat berkumpul (jam 5 pagi Ahad)
IAIN : Mesjid Al-Amin
USU : Pintu 1, USU

PENDAFTARAN TERHAD! CEPAT DAFTAR kepada:
IAIN : Muhammad Hanif (083198445593)
USU : Rabi'ahtul Adawiyah (087868366220)

08/04/2013

Medical Talk - What's Next? by dr. Yudi Herlambang


Salam sejahtera kepada semua mahasiswa FK USU!
PKPMI-CM akan mengadakan Medical Talk pada 14 APRIL 2013, AHAD ini!
Medical Talk ini berjudul "MEDICAL, WHATS NEXT?" dan akan disampaikan oleh DR.YUDI HERLAMBANG.

 dr. Yudi Herlambang adalah seorang yang dihormati dan sangat berpengalaman dalam bidang perubatan dan beliau bersemangat untuk berkongsi segala pengalaman kepada mahasiswa. Selain itu, mahasiswa juga berpeluang untuk berbincang tentang segala masalah yang dialami ketika belajar di sini.

 Talk ini terbuka untuk SEMUA MAHASISWA FK dari SETIAP batch. Hubungi sahaja nombor yang tersedia untuk mendaftar. Oh ye, pendaftaran GRATIS! Makan siang tersedia.

 JANGAN LEPASKAN PELUANG INI, DAFTAR SEGERA!