Entri Terkini »

14/11/2012

Peringatan!



Semua mahasiswa Malaysia di Medan diingatkan untuk sentiasa menjaga keselamatan diri terutama yang wanita dan kami berharap pada waktu ini segala aktiviti malam dielakkan. Jika terpaksa keluar malam mohon ada yang ditemani. Kepada mahasiswa klinikal yang pulang lewat, harap dapat merancang waktu yang sesuai untuk pulang dan ditemani.

Jika berlaku apa-apa emergency, boleh hubungi pihak-pihak berikut:

YDP PKPMI-CM, Fadhly Shariman : 081933501291
TYPD PKPMI-CM, Muhibbuddin Muhammad Isa El-Asyi : 083199090000
NYDP PKPMI-CM, Fizziey Azizie Osman : 083197320463
NYDP PKPMI-CM, Suresh Balachuntren : 083107215925
NYDP PKPMI-CM, Prins Bonaventure : 085761402936
Ketua Exco Imigrasi dan Kepolisian, Vishnukumar Rajendran : 083194458559
Ketua Exco Kebajikan, Murali Tiarasan : 083198785583
Ketua Exco Wanita dan Keusahawanan, Noorul Qurratu'Aini binti Azman : 087768215741


Ingat, keselamatan masing-masing harus menjadi priority.
Harap maklum.
Sekian, terima kasih.



20/09/2012

Learners Today, Leaders Tomorrow





14/09/2012

Seuntai Kata Pembuka Bicara daripada YDP PKPMI-CM Sesi 2012/2013

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada seluruh mahasiswa Malaysia di Medan, Indonesia. 

Saya mulakan pena ini dengan mengucapkan syukur alhamdullilah kerana Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Medan ( PKPMI-CM ) masih kukuh dan terus aktif dimana diiktiraf Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia ( JPMI ).

Saya Fadhly Shariman Bin Hj Yahaya adalah Yang DiPertua ( YDP ) Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan-Medan ( PKPMI-CM ) sesi 2012 / 2013. Saya mengambil jurusan Kedokteran Umum di Universitas Sumatera Utara ( USU ) setambuk 2009 / 2010. Saya diangkat menjadi YDP PKPMI-CM melalui pilihan raya Annual Grand Meeting ( AGM ) PKPMI-CM kali yang ke – 30.

PKPMI-CM diiktitaf konsulat Jeneral Malaysia Medan dan Jabatan Penuntut Malaysia di Indoneisa ( JPMI ). PKPMI-CM adalah penaung kepada sembilan ( 9 ) persatuan dan kelab yang ditubuhkan di Medan termasuk Pewakilan Mahasiswa Universitas Sumatera Utara ( PM USU ), Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Institut Agama Islam Negeri ( MPMM IAIN ) dan Perwakilan Mahasisawa Universitas Negeri Medan ( PM UNIMED ). 

Objektif utama PKPMI-CM adalah menjaga kebajikan seluruh mahasiswa mahasiswa Malaysia di Medan Indonesia. Disamping itu menyatupadukan seluruh mahasiswa Malaysia Medan melalui kegiatan sosial dan ilmiah. Selain menjaga kepentingan dan keselamatan mahasiswa Malaysia Medan sepanjang berada di Indonesia. 

Disini saya selitkan sedikit sejarah PKPMI-CM ditubuhkan dimana setelah konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia tamat, pelajar-pelajar Malaysia di Sumatera kembali ke Indonesia dan mendirikan Himpuanan Mahasiswa Malaysia Sumatera (HMMS) yang berpusat di Medan. Pada bulan Mei tahun 1982, HMMS dibubarkan dan bersatu dengan PKPMI dimana berpusat di Jakarta berubah nama menjadi PKPMI-CM. PKPMI telah diiktiraf oleh Kesatuan Besar Malaysia dalam menjalankan kegiatannya. Pada tarikh 4hb Februari 1969, persatuan ini diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. 

Jumlah keseluruhan mahasiswa Malaysia di Medan dianggarkan berjumlah 1400 orang dan jumlah ini makin bertambah tahun ke tahun. Mahasiswa Malaysia di Medan mempunyai kekuatan dari segi jumlah mahasiswa berbanding dengan cawangan PKPMI yang lain. Justeru itu saya mohon semua mahasiswa Malaysia tidak kira agama, bangsa dan latar pendidikan kita bersatu hati untuk kita membawa nama mahasiswa Malaysia Medan di pentas nusantara. 

Untuk makluman semua, PKPMI-CM mempunyai Blog, Facebook dan YouTube untuk dilayari dan menjadi medium kepada mahasiswa Malaysia di Medan dan PKPMI-CM untuk berinteraksi. Saya harap semua mahasiswa mengunakan media yang telah disediakan sepenuhnya. Saya berharap juga semua mahasiswa memcapai impian dan cita-cita di Indonesia dan pulang berbakti kepada negara Malaysia yang mahasiswa cintai. 

Bersatu Padu Memperkasakan Mahasiswa 

Sekian dari YDP PKPMI-CM sesi 2012 / 2013 
Fadhly Shariman Bin Hj Yahaya.

09/09/2012

Karnival Sukan 1Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kelab UMNO Medan akan mengadakan  KARNIVAL SUKAN 1 MALAYSIA  pada 15-16 September 2012 bertempat di FAKULTAS OLAHRAGA UNIMED. Semua mahasiswa Malaysia di Medan dijemput hadir bagi memeriahkan karnival ini. Pelbagai acara sukan yang MENARIK menanti anda semua!

"Through Sports We Unite"