Entri Terkini »

27/05/2009

Laporan Program Solat Hajat & Dialog Perdana PKPMI-CM

MEDAN: Pada 16 Mei 2009 yang lalu, PKPMI-CM telah mengadakan program Solat Hajat sempena peperiksaan akhir semester dan Rumah Terbuka MESS PKPMI-CM.

Program ini adalah bertujuan untuk menghimpunkan barisan kepimpinan PKPMI-CM serta ahli-ahinya, sekaligus ingin memperkenalkan MESS, iaitu Pusat Pelajar Malaysia Medan kepada kesemua ahli-ahli PKPMI-CM.

Selain dapat berhimpun dalam acara Solat Hajat dan bacaan Surah Yaasin berjemaah, dapat juga mengeratkan silaturrahim di antara pelajar-pelajar Malaysia di Medan kesemuanya. Adapun fokus utama program ini adalah menerangkan peranan-peranan Majlis Tertinggi dan Exco-exco PKPMI-CM dan diadakan dialog berupa komen atau pertanyaan dari ahli-ahli PKPMI-CM, kemudian akan dijawab oleh barisan kepimpinan PKPMI-CM.

Pertanyaan yang paling banyak ditanyakan oleh ahli-ahli PKPMI-CM adalah berkenaan dengan imigrasi yang sememangnya menjadi masalah terbesar bagi pelajar-pelajar Malaysia di Medan.

Berikut adalah tentatif yang berjaya dijalankan pada hari tersebut:

6.00 PM: Ketibaan mahasiswa-mahasiswi USU, IAIN-SU dan UNIMED

6.30 PM: Solat Maghrib berjemaah, solat hajat dan bacaan Surah Yaasin berjemaah, solat Isyak berjemaah.

8.30 PM: Dialog Perdana di antara barisan kepimpinan PKPMI-CM dan ahli-ahli PKPMI-CM yang terdiri dari pelajar-pelajar Malaysia USU, IAIN-SU dan UNIMED.

10.30 PM: Jamuan makan.

11.00 PM: Majlis bersurai.



Sesi soal-jawab.

Kami dari AJK PKPMI-CM mengucapkan terima kasih atas kehadiran pelajar-pelajar yang turut mengambil perhatian atas program-program yang dianjurkan oleh PKPMI-CM.

Pertanyaan, komen dan cadangan dari setiap ahli-ahli PKPMI-CM boleh diajukan menerusi email, blog atau terus berhubung dengan kami.

Kebajikan Anda Tanggungjawab Kami.

4 comments:

Anonymous said...

(Kebajikan Anda Tanggungjawab Kami.)

Kebajikan yg tak memuaskan :
1 - masalah pembayran erp yg unreasonable di fk usu
2 - mslh surat bebas fiskal yg sbnrnya xperlu & jika perlu pun surat dari konsulat sepatutnya dah cukup, xperlu surat fakultas.

Pemasaran & Jualan (01115099848) said...

Terima kasih atas komentar sahabat.

Soalan 1
Sudah dijelaskan dalam artikel yang terbaru, International dalam keresahan. Selamat Membaca

Soalan 2
Ya, mmg sudah memadai. Tetapi ketika wakil persatuan menghadiri dialog antara pihak konsulat dengan Ditjen Keuangan (yang menguruskan hal ehwal fiskal indonesia)mereka lebih prefer surat fakultas.

Pihak persatuan syorkan surat fakultas. TQ

Untuk keterangan lanjut. Sila lihat ulasan kami di http://pkpmicm.blogspot.com/2009/02/bayar-pajak-fiskal-sampai-2-juta.html

Kartini said...

oh yeke persatuan dah sepakat nak surat fakultas je? kalau saya pun hanya nak surat konsulat sahaja. sebab lebih mudah..

Pemasaran & Jualan (01115099848) said...

to kartini

Jangan salah faham. Syarat itu tidak di tetapkan oleh persatuan atau sesiapa tapi undang-undang fiskal negara republik indonesia. Sila lihat surat yang saya lampirkan dalam artikel http://pkpmicm.blogspot.com/2009/02/bayar-pajak-fiskal-sampai-2-juta.html

Ada dinyatakan SURAT REKOMENDASI DARI UNIVERSITAS.

Harap menjawab soalan ye