Entri Terkini »

20/03/2009

Wallpaper PKPMI-CM.

BERITA BAIK!!

Kami, ahli-ahli jawatankuasa PKPMI-CM ingin mempromosikan 3 buah wallpaper yang comel-comel belaka dibuat khas untuk para student USU, IAIN atau UNIMED (di bawah cawangan PKPMI-CM). Kami sangat berbesar hati sekiranya wallpaper ini diletakkan di dalam laptop/komputer kalian masing-masing. Design sama sahaja, cuma mempunyai 3 warna; merah, hijau dan biru.

Kami tidak mengenakan sebarang bayaran melainkan gratis!Apa tunggu lagi? Letakkan sebagai wallpaper anda di laptop sekarang!!

*UPDATE

TERBARU BERWARNA HITAM! (ATAS PERMINTAAN AHLI DI COMMENT BOX :)


Wallpaper berwarna hitam 2174 x 1652



Wallpaper berwarna merah 2174 x 1652.


Wallpaper berwarna hijau 2174 x 1652.


Wallpaper berwarna biru 2174 x 1652.





Hanya klik pada gambar untuk melihat wajah gambar berukuran besar, kemudian save. Jadikan sebagai wallpaper di dalam laptop anda. :)

Wallpaper designed by Fasa Mega.


17/03/2009

2 Orang Pelajar USU Ditahan Di Rumah Sakit Permata Bonda.

KOTA MEDAN: Pada 12 Mac yang lalu, dua orang ahli PKPMI-CM telah dimasukkan ke Rumah Sakit Permata Bonda, Medan akibat sakit yang dihidapi mereka dan memerlukan rawatan inap untuk dipantau oleh doktor secara intensif. Ahli tersebut adalah pelajar FK USU ’07 yang disyaki menderita urinary tract infection dan pelajar FK USU ’06 yang didiagnosa menghidap Dengue Fever.

Oleh yang demikian, Yang Di Pertua PKPMI-CM, Saudara Amsyar bin Mohammad beserta exco-exco PKPMI-CM yang lain telah mengambil inisiatif untuk turun melihat sendiri keadaan ahli-ahli yang sakit tersebut. Ini adalah selaras dengan visi dan misi kepimpinan PKPMI-CM sesi ini yang lebih menekankan kepada aspek keilmuan dan kebajikan ahli-ahlinya.

Ketika menziarahi elajar FK USU ’07 terbabit beliau memberitahu bahawa beliau telah dimasukkan ke situ sejak satu hari yang lalu, dan setelah mendapatkan rawatan daripada pihak rumah sakit, keadaan beliau kembali stabil. Beliau dijangka keluar dari rumah sakit pada keesokan harinya. Pihak PKPMI-CM telah memberikan beliau sebotol madu, agar kesihatan beliau bertambah baik dengan pengambilan madu yang teratur.

Kedua pelajar itu dimasukkan ke dalam rumah sakit yang sama.

Pelajar FK USU ’06 tersebut pula telah hampir 2 minggu dirawat di rumah sakit tersebut. Beliau juga tidak dapat hadir pada ujian blok Brain and Mind System pada 7 Mac yang lalu. Keadaan beliau ketika ini tidak jauh berbeza dari keadaan awalnya dan masih memerlukan rawatan lanjut dari doktor. Beliau telah dianjurkan untuk meminum jus jambu batu agar membantu peningkatan kadar trombosit di dalam tubuh dan mencepatkan proses penyembuhan demamnya.

Pihak PKPMI-CM menyeru semua mahasiswa Malaysia untuk sama-sama mendoakan kesembuhan pelajar-pelajar berkenaan agar mereka dapat kembali ke kuliah seperti biasa. Sekian terima kasih.

Biro Kebajikan dan Kebudayaan,
PKPMI-CM.

16/03/2009

Berita baik buat pelajar JPA di Fakulti pergigian*

Oleh: Ahmad Aizatnur b Zakaria (Timb. Yang Di Pertua PKPMI-CM)

Pada pagi sabtu bersamaan dengan tanggal 14 Mac 2009 kelmarin, saya telah mendapat panggilan telefon daripada Cik Norhidayah, staf baru yang menguruskan Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar pinjaman Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).


Menurut beliau, surat permohonan ESH yang saya kirim telah diterima oleh pihak JPA pada hujung bulan Februari yang lalu. Jadi, permohonan pada kali ini hanya akan dievaluasi pada mesyuarat bulan Mac ini. Namun, katanya permohonan tersebut telah diluluskan dan sedang diproses. Alhamdulillah.


“Bila pelajar JPA di Fakulti Pergigian boleh menikmati ESH itu ek?”


Cik Norhidayah menjelaskan bahawa ESH akan diberikan secepatnya iaitu setelah perjanjian yang baru sudah ditandatangani oleh pelajar dan dikembalikan semula ke pihak JPA. Insya’Allah, PALING LEWAT pada bulan 6 ini. Perlu disampaikan juga bahawa jumlah ESH yang diberikan adalah separuh daripada elaun pelajar tajaan JPA iaitu RM400 sebulan.


p/s: Sila klik pada Lampiran 1 JPA di PKPMI Shared Files di sebelah untuk senarai nama.

Sekian.

"Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan"

Wallahua’lam.