Entri Terkini »

06/07/2009

Mendadak: 34 kes tempatan H1N1


Wabak selesema A (H1N1) meningkat luar biasa hari ini apabila mencatatkan rekod penularan tempatan tertinggi sebanyak 34 kes daripada 75 kes, menjadikan jumlah semuanya 434 kes.

Pada 29 Jun lalu, negara merekodkan 22 kes tempatan dan 112 kes import menjadikan keseluruhannya, sejak kes pertama dikesan 15 Mei lalu, 144 kes.

Dengan perkembangan terbaru, jumlah keseluruhan kes tempatan kini 101 sejak pertama kali dikesan 17 Jun lalu, sementara kes import berjumlah 333 kes kesemuanya.

Jumlah besar kes tempatan ini susulan peningkatan perlahan-lahan sejak awal bulan ini. Semalam negara merekodkan 12 kes penularan tempatan, sementara kelmarin 11 kes.

Tiga hari pertama bulan ini mencatatkan jumlah 19 kes tempatan.

Sebanyak 12 daripada 34 kes jangkitan tempatan berlaku di kalangan peserta Persidangan Farmaseutikal Asia Pasifik (APPC) yang berlangsung di Pulau Pinang pada 27 hingga 30 Jun lepas.

Seorang pelajar 20 tahun warga Indonesia dari Bandung yang tiba 23 Jun lalu untuk menghadiri seminar di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang menjangkiti 17 peserta APPC - seperti kes-kes yang disahkan kelmarin dan hari ini.

"Jumlah peserta APPC yang dijangkiti (setakat ini) ialah 25 di mana 18 merupakan jangkitan tempatan di kalangan warga Malaysia," kenyataan rasmi menteri kesihatan dipetik.


Daripada 75 kes baru yang dilaporkan, 64 warganegara Malaysia. Sementara seorang warga Filipina mengalami jangkitan tempatan daripada 34 kes, selebihnya rakyat tempatan.

Seramai empat pelajar SM Tsun Jin - ditutup seminggu hingga Jumaat lepas - yang sedang dikuarantin disahkan positif H1N1 dan dikelaskan sebagai kes tempatan.

Datuk Seri Liow Tiong Lai juga berkata daripada jumlah penghidap influenza A (H1N1), 343 orang atau 79 peratus telah sembuh, sementara 91 lagi masih dirawat di hospital.

"Jumlah yang telah sembuh ini adalah tinggi, meskipun berlaku peningkatan kes yang mendadak," beliau dilaporkan Bernama sebagai berkata.


Butiran 91 pesakit yang masih dirawat seperti berikut: Hospital Sungai Buloh (17 pesakit), Hospital Kuala Lumpur (22), Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (16), Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (10), Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (4), Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh (4), Hospital Pulau Pinang (3), Hospital Tawau (3), Hospital Batu Pahat (3), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star (2), Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu (2), Hospital Umum Sarawak (1), Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu (1), Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu (1), Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh (1), Hospital Melaka (1) dan Hospital Miri (1).

Menurut kenyataan hariannya, keseluruhan kontak yang sedang menjalani kuarantin berjumlah 1,016, namun tiada antara mereka yang mempunyai simptom H1N1.

Sumber: MalaysiaKini

10/06/2009

Tolong Sebarkan!!!

PEKELILING KESELAMATAN

PERHATIAN kepada seluruh MAHASISWA MALAYSIA!!!

Berikutan kejadian beberapa kes rompakan yang berlaku kepada mahasiswa Malaysia di Medan, maka PKPMI-CM membuat alternatif mengeluarkan pekeliling demi keselamatan dan keamanan seluruh mahasiswa Malaysia di Medan.

Pekeliling tersebut antara lain mengandungi:

a) Pelajar-pelajar Malaysia yang hendak ke mana-mana tempat baik di sekitar Medan mahupun di luar Medan supaya ditemani oleh kawan-kawan (sekurang-kurangnya 2 orang)

b) Pelajar-pelajar Malaysia tidak digalakkan keluar rumah setelah pukul 12 tengah malam. Jika terpaksa keluar atas urusan tertentu, jangan keluar bersendirian dan hendaklah ditemani sekurang-kurangnya 3 orang kawan.

c) Pelajar-pelajar Malaysia dinasihatkan supaya menyimpan barang-barang berharga di tempat yang selamat dan tidak membawanya ke mana-mana jika tdak ada keperluan.

d) Pelajar-pelajar Malaysia dinasihatkan supaya sentiasa memastikan rumah anda berkunci bagi mengelakkan terjadinya pencerobohan.

e) Jika anda mengalami atau melihat kejadian yang mencurigakan, sila berhubung terus ke konsulat Malaysia di talian 24 jam : +62614523992 / +62614529772

f) Setiap pelajar Malaysia bertanggungjawab ke atas keselamatan seluruh pelajar Malaysia di Medan ini tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama.  

Demikian pekeliling kami perbuatkan. Segala kerjasama dari seluruh pelajar Malaysia amat kami harapkan.

Yang benar,

AMSHAR MOHAMAD
YDP PKPMI-CM 2009


09/06/2009

Tempahan: Rakaman Audio Siri Kuliah oleh Ust Shamsuri Ahmad

Assalamualaikum wrb..

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, setelah kita berjuang selama satu semester dalam menuntut ilmu Fardhu Kifayah, akhirnya, cuti semester yang kita tunggu-tunggu hampir tiba..

Dan alangkah baiknya jika kita cuti yang kita bakal tempuhi nanti kita, kita isi dengan mendengar rakaman kuliah-kuliah agama yang membahaskan tentang ilmu Farhu Ain pula di mana, setiap dari kita yang mengaku sebagai individu muslim wajib mempelajarinya.

Alhamdulillah.. Pihak BADAR PKPMI-CM telah berjaya mengumpulkan rakaman-rakaman kuliah agama yang disampaikan oleh al-Fadhil Datuk (Ustaz) Shamsuri Bin Ahmad, di mana beliau menggunakan Kitab Bahrul Mazi, Kitab Muhimmah fi Ilmil Hadith dan Tafsir Nurul Ihsan.

Untuk sahabat-sahabat yang berminat,
sila membuat tempahan melalui email: ibnu_zukefeli@yahoo.com (Asyraf).
Tiada sebarang bayaran dikenakan.


Di sini suka saya untuk memperkenalkan sedikit latar belakang penulis kitab Bahrul Mazi iaitu Syeikh Idris al-Marbawi.

Sheikh Al-Marbawi - Tokoh Persuratan Arab-Melayu

"Allahyarham Syeikh Mohd Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi adalah seorang ulamak besar yang tidak asing lagi bukan saja di Nusantara malahan di Mesir dan Makkah terutamanya dalam bidang Bahasa Arab, Ilmu Hadis, Tafsir dan Fiqah.

Beliau telah dilahirkan pada tahun 1893 dan secara tepatnya pada tahun 28 Zulkaedah 1313 Hijrah di Makkah. Setelah lama berada di Makkah, keluarganya mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia iaitu pada tahun 1913 bersamaan tahun 1333 Hijrah. Sekembalinya ke Tanah Melayu, Allahyarham Syeikh Mohd Idris al-Marbawi mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lubuk Merbau, Perak. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di beberapa buah sekolah pondok di Kuala Kangsar, Kedah, Bukit Mertajam dan Kelantan. Sejak dari kecil lagi, al-Marbawi telah menunjukkan kemampuan akademiknya yang memberangsangkan. Ketika berusia sepuluh tahun, beliau telah menamatkan pengajian hafalan al-Quran. Ketika berusia 10 tahun juga, beliau telah mampu menghafaz sebanyak 10 juzuk Al Quran di samping beberapa buah kitab lain.

Kecenderungan ilmiah yang tertambat kukuh dalam jiwanya telah mendorong beliau menuntut ilmu di pondok-pondok yang merupakan institusi pendidikan Islam yang terpenting di alam Melayu pada ketika itu. Antaranya Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Pondok Tuan Hussain Al-Masudi, di Kedah, Pondok Syeikh Ahmad Fatani di Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan.

Melihat kepada kemampuan akademik dan minatnya kepada ilmu Islam, ayahanda beliau mengesyorkannya agar menyambung pengajian ke timur tengah sama ada ke Mesir ataupun kembali semula ke Mekah. Lalu, pada tahun 1924, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau sempat bertugas sebagai guru agama di Perak sebelum menyambung pengajiannya ke Universiti al-Azhar.

Untuk membaca keterangan lanjut, bolehlah baca di sini.

Oleh: Ibnu Zukefeli