Entri Terkini »

02/03/2010

SPR PKPMI-CM: Pembukaan Pencalonan Kepimpinan PKPMI-CM Sesi 2010

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR PKPMI-CM) membuka pencalonan bagi barisan kepimpinan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Medan (PKPMI-CM) sesi baru 2010pada :

Hari: Isnin - Rabu
Tarikh: 1-3 Mac 2010

Sesiapa yang berminat boleh mendapatkan borang pencalonan

Mohd Hazman Bin Mohd Anuar (FK USU)- 083198525252
Ammar Bin Nadzir (IAIN SU dan UNIMED)- 083198393321

Pendaftaran ditutup pada jam 5.00 petang 3 Mac 2010 (Rabu).

Jawatan-jawatan yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

1. Yang Dipertua (1 kerusi)
2. Timbalan yang Dipertua (1 kerusi)
3. Timbalan Setiausaha (1 kerusi)
4. Timbalan Bendahari (1 kerusi

Seandainya terdapat lebih dari seorang bagi mana-mana jawatan yang dipertandingkan, maka satu hari pengundian akan diadakan pada 7 MAC 2010.

Syarat-syarat calon bagi jawatan yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

1. Ahli PKPMI-CM.
2. Telah mengikuti Majlis Suai Kenal (MSK) PKPMI-CM.
3. Telah membayar yuran tahunan ahli sesi 08/09.
4. Mesti hadir pada hari penamaan calon bersama pencadang dan penyokong.
5. Calon hendaklah menyertakan sekeping gambar berukuran pasport dan satu salinan pasport.
6. Pencadang hanya dibenarkan mencadang seorang calon sahaja.
7. Penyokong hanya dibenarkan menyokong dua orang calon sahaja.
8. Pendaftaran pencalonan dikenakan bayaran sebanyak: Rp 20,000 untuk YDP, Rp 15,000 untuk TYDP, dan Rp 10,000 untuk Timbalan Setiausaha dan Timbalan Bendahari.

Diharap semua ahli PKPMI-CM mengambil perhatian kepada pengunguman ini.

Disediakan oleh : SPR PKPMI-CM 2010

0 comments: