Entri Terkini »

05/03/2009

Datang Beramai-ramai ke Program Prubatan Alternatif

Err.. takutnya..

Ayuh teman-teman! Jangan lupa meriahkan lagi program anjuran BADAR di dalam Festival Nur Islam. Kali ini, program Perubatan Alternatif (dengan kerjasama HPA)

Ada apa sih?

"Akupuntur, Bekam, Bersugi"

Secara teori dan praktikal di sampaikan oleh seorang doktor spesialis dalaman.

Kapan? Di mana? Jam berapa? Dapat apa?
Ini dia teman-teman..

Tarikh : 9 Mac 2009 (Maulid Nabi)
Masa : 8 am - selesai
Tempat : Ruangan Nazir Alwi, FKG USU
Yuran Pendaftaran : Rp 12,000 sahaja

Anda akan diberikan :

* Jarum akupuntur
* Minum sarapan pagi (kopi RADIX)
* Kayu siwak
* Makan tengahari

Anda berminat?

Sila hubungi:

* Naim ( FK 08 ) - 085831698081
* Taqirah ( FK 08 ) - 087868730377

* Linda ( FK 08 ) - 085830747889


Ayuh dong nambahin ilmu! Kalau bukan sekarang, kapan?
Jangan lupa ajak teman-teman lainnya ya..

Klik sini juga untuk mendapat informasi terbaru tentang BADAR.

Di harap ahli-ahli PKPMI juga turut hadir meriahkan lagi program anjuran Badan Kerohanian Dan Kebajikan (BADAR).

"Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan"

02/03/2009

Kutipan Derma Kilat

MEDAN BARU: 24 Februari 2009, Biro Kebajikan Dan Kebudayaan PKPMI-CM telah mengadakan kutipan derma kilat berikutan seorang mahasiswa ambilan tahun 2006 Fakulti Perubatan Universiti Sumatera Utara yang telah di diagnosa Multiple Lumbar disc Prolapse.



Dimaklumkan mahasiswa tersebut telah mengalami kemalangan apabila sedang menuruni tangga. Beliau kemudiannya dikhabarkan pulang ke Malaysia untuk membuat pemeriksaan lanjut. Mendengar keluhan beliau, kesakitan terasa apabila beliau berada pada posisi duduk dengan tempoh yang lama. Dikhabarkan juga bahawa beliau sedang mengikuti sesi fisioterapi yang memerlukan kos sebanyak Rp75,000 setiap kali sesi.



Dengan itu pihak biro telah mengambil tekad untuk melakukan kutipan derma kilat di setiap dewan kuliah dan telah berjaya mengumpul Rp 1,982,800. Terima kasih kepada pelajar-pelajar Malaysia dan Indonesia yang sudi menghulurkan bantuan. Alhamdulillah, keseluruhan wang kutipan derma tersebut telah diserahkan kepada saudari Noor Hanis Bt Mohammad Rafee pada 28 Februari 2009 oleh Yang di Pertua PKPMI-CM, Amsyar b.Mohammad.


Penyampaian hasil kutipan derma kilat oleh Amsyar b Mohammad (YDP PKPMI-CM) di Jalan Picauly, Dr. Mansur.



Semoga dengan wang hasil kutipan derma tersebut dapat meringankan beban saudari Noor Hanis Mohammad Rafee dan kami mendoakan beliau agar cepat sembuh. InsyaAllah.

01/03/2009

PKPMI-CM di RS Siti Hajar

MEDAN BARU: Petang 27 Februari 2009, seorang ahli persatuan ambilan tahun 2008 Fakulti Pergigian Universiti Sumatera Utara (FKGUSU) telah dimasukkan ke wad Hospital Siti Hajar akibat alergi terhadap ubat. Kejadian ini mendapat perhatian Biro Kebajikan dan Kebudayaan dan Ahli Majlis Tertinggi PKPMI-CM untuk turun padang melihat kondisi pelajar tersebut.

Dari kiri; Ahmad Aizatnur (TYDP PKPMI-CM), Amsyar b Mohammad (YDP PKPMI-CM), Asyraf b Zulkefli (Ketua BADAR) dan Ust. Mohd Ridzuan b Yahya (Setiausaha PKPMI-CM) mendengar keluhan ahli yang sakit di Hospital Siti Hajar.

Menurut yang dikeluhkan oleh ahli berkenaan, perubahan dirasakan pada bahagian wajahnya yang tiba-tiba menjadi bengkak kemerah-merahan setelah menelan ubat demam yang diberikan oleh Poliklinik USU.

Pihak PKPMI-CM dimaklumkan bahawa keadaan pelajar tersebut beransur pulih dan dibenarkan pulang pada keesokkan harinya. Kami berdoa agar adik Nabilah bt Abdul Karim sentiasa berada dalam keadaan sihat wal-afiat disamping nota-nota kuliah justeru menjadikan musibah ini sebagai suatu dorongan dalam meraih kecemerlangan dunia dan akhirat.