Entri Terkini »

02/03/2009

Kutipan Derma Kilat

MEDAN BARU: 24 Februari 2009, Biro Kebajikan Dan Kebudayaan PKPMI-CM telah mengadakan kutipan derma kilat berikutan seorang mahasiswa ambilan tahun 2006 Fakulti Perubatan Universiti Sumatera Utara yang telah di diagnosa Multiple Lumbar disc Prolapse.



Dimaklumkan mahasiswa tersebut telah mengalami kemalangan apabila sedang menuruni tangga. Beliau kemudiannya dikhabarkan pulang ke Malaysia untuk membuat pemeriksaan lanjut. Mendengar keluhan beliau, kesakitan terasa apabila beliau berada pada posisi duduk dengan tempoh yang lama. Dikhabarkan juga bahawa beliau sedang mengikuti sesi fisioterapi yang memerlukan kos sebanyak Rp75,000 setiap kali sesi.



Dengan itu pihak biro telah mengambil tekad untuk melakukan kutipan derma kilat di setiap dewan kuliah dan telah berjaya mengumpul Rp 1,982,800. Terima kasih kepada pelajar-pelajar Malaysia dan Indonesia yang sudi menghulurkan bantuan. Alhamdulillah, keseluruhan wang kutipan derma tersebut telah diserahkan kepada saudari Noor Hanis Bt Mohammad Rafee pada 28 Februari 2009 oleh Yang di Pertua PKPMI-CM, Amsyar b.Mohammad.


Penyampaian hasil kutipan derma kilat oleh Amsyar b Mohammad (YDP PKPMI-CM) di Jalan Picauly, Dr. Mansur.



Semoga dengan wang hasil kutipan derma tersebut dapat meringankan beban saudari Noor Hanis Mohammad Rafee dan kami mendoakan beliau agar cepat sembuh. InsyaAllah.

0 comments: