Entri Terkini »

13/03/2009

Laporan Program Perubatan Alternatif

MEDAN BARU: Pada 9 Mac 2009 yang lalu, Badan Kerohanian dan Kebajikan (BADAR) yang terletak di bawah PKPMI-CM telah mengadakan Program Perubatan Alternatif. Walaupun mengalami beberapa masalah pada pemulaan majlis pada hari itu, namun program tersebut berjalan juga dengan jayanya.

Berikut beberapa buah tangan yang sempat penulis tayangkan untuk anda;


Slot 1: Slot Bekam disampaikan oleh dr. Irfan Kamaruddin (dokter Spesialis Bedah). Di adakan secara teori dan praktikal.


Slot 2: Slot Akupuntur yang disampaikan oleh Prof Dr Amri Amir, juga menyampaikan dalam teori dan praktikal.


Pelajar-pelajar yang hadir pada program tersebut melibatkan pelajar FK & FKG, USU juga pelajar-pelajar IAIN (Institusi Agama Islam Negeri-Cawangan Medan).


Dari kiri: Prof Dr Amri Amir, Amshar Bin Mohamad (Yang Dipertua PKPMI-CM) dan Ahmad Asyraf Zukefeli (Pengarah BADAR). Penyampaian cenderahati oleh YDP kepada penceramah.


YDP memberikan cenderahati kepada wakil untuk slot Bekam, dr Irfan Kamaruddin.

Selesai 2 slot, ada lagi 1 slot di mana Saudara Ahmad Aizatnur, selaku Timbalan Yang Dipertua sendiri, juga merupakan pelajar tahun ketiga FKG, USU sebagai menyampaikan slot terakhir iaitu Bersugi. (Maaf, kerana Biro Jurnalistik tidak sempat mengambil gambar pada slot ini).

Sebagai terlibat dalam menghadirkan diri untuk program tersebut, penulis melihat program tersebut mampu menarik perhatian pelajar di mana kajian saintifik untuk bekam, akupuntur dan bersugi di tambah pula dengan pratikal, bukan sahaja mampu menarik perhatian para pelajar Kedokteran dan Kedokteran Gigi, malah pelajar yang di bidang lain juga turut tertarik. Penulis cuba sampaikan setiap slot praktikal adalah slot yang paling menarik pada hari tersebut!

Satu perkara yang penulis ingin ulaskan iaitu penulis bersetuju dengan kenyataan penceramah bagi Slot Bekam dan pengerusi majlis pada hari itu, di mana bekam dan bersugi sebenarnya bukanlah perubatan alternatif tetapi dua perkara ini merupakan perkara yang amat digalakkan dalam Islam, malah dalam sunnah Nabi sendiri.

Namun begitu, penulis rasa berbangga dengan usaha para panitia Program Perubatan Alternatif yang bertungkus-lumus menjayakan program berupa ilmiah ini pada hari tersebut. Diharapkan program berupa seperti ini akan diadakan lagi pada waktu hadapan supaya kita terus menggapai kekuatan dalam keilmuan, sesuai dengan motto PKPMI pada tahun ini, "Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan", terutamanya bagi pelajar-pelajar yang bakal menjadi doktor suatu hari nanti. Insya Allah.

Akhir kata, penulis sebagai wakil kepada jawatankuasa PKPMI-CM ingin mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan Program Perubatan Alternatif yang dijayakan dengan penuh efektif oleh BADAR, semoga jawatankuasa PKPMI-CM tetap menghadirkan diri serta memberikan semangat pada aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh organisasi lainnya di bawah PKPMI-CM.


Biro Jurnalistik,
PKPMI-CM.

3 comments:

Anonymous said...

salam.. jarum akupuntur x cukup la.. saya xdpt dicucuk.. tp kopi radix mmg sedap.. nak oder la satu..

Anonymous said...

Jarum akupuntur ada dijual di Hypermart Palladium. Kalau berani, cucuk lah kepala sendiri. haha

Killer product kopi radix buleh dapat dari Ketua Badar atau Exco Kebajikan PKPMI.

Sekian

Anonymous said...

tQ atas maklumatnye..

"MAi Secawan !!" ..heheh