Entri Terkini »

17/03/2009

2 Orang Pelajar USU Ditahan Di Rumah Sakit Permata Bonda.

KOTA MEDAN: Pada 12 Mac yang lalu, dua orang ahli PKPMI-CM telah dimasukkan ke Rumah Sakit Permata Bonda, Medan akibat sakit yang dihidapi mereka dan memerlukan rawatan inap untuk dipantau oleh doktor secara intensif. Ahli tersebut adalah pelajar FK USU ’07 yang disyaki menderita urinary tract infection dan pelajar FK USU ’06 yang didiagnosa menghidap Dengue Fever.

Oleh yang demikian, Yang Di Pertua PKPMI-CM, Saudara Amsyar bin Mohammad beserta exco-exco PKPMI-CM yang lain telah mengambil inisiatif untuk turun melihat sendiri keadaan ahli-ahli yang sakit tersebut. Ini adalah selaras dengan visi dan misi kepimpinan PKPMI-CM sesi ini yang lebih menekankan kepada aspek keilmuan dan kebajikan ahli-ahlinya.

Ketika menziarahi elajar FK USU ’07 terbabit beliau memberitahu bahawa beliau telah dimasukkan ke situ sejak satu hari yang lalu, dan setelah mendapatkan rawatan daripada pihak rumah sakit, keadaan beliau kembali stabil. Beliau dijangka keluar dari rumah sakit pada keesokan harinya. Pihak PKPMI-CM telah memberikan beliau sebotol madu, agar kesihatan beliau bertambah baik dengan pengambilan madu yang teratur.

Kedua pelajar itu dimasukkan ke dalam rumah sakit yang sama.

Pelajar FK USU ’06 tersebut pula telah hampir 2 minggu dirawat di rumah sakit tersebut. Beliau juga tidak dapat hadir pada ujian blok Brain and Mind System pada 7 Mac yang lalu. Keadaan beliau ketika ini tidak jauh berbeza dari keadaan awalnya dan masih memerlukan rawatan lanjut dari doktor. Beliau telah dianjurkan untuk meminum jus jambu batu agar membantu peningkatan kadar trombosit di dalam tubuh dan mencepatkan proses penyembuhan demamnya.

Pihak PKPMI-CM menyeru semua mahasiswa Malaysia untuk sama-sama mendoakan kesembuhan pelajar-pelajar berkenaan agar mereka dapat kembali ke kuliah seperti biasa. Sekian terima kasih.

Biro Kebajikan dan Kebudayaan,
PKPMI-CM.

3 comments:

Anonymous said...

kepada adik2ku yg dikasihi...jg kesihatan dengan baik....Urinary tract infection jadi sbb kurang jaga kebersihan....untuk perempuan cebok dgn betul....dari depan ke blakang....klu dari blakang ke depan, nnti bakteri terutama e-coli dari dubur masuk ke uretra dan menyebabkan infeksi....untuk denggi jg kebersihan rumah....jgn ada air bertakung....simptom yg sering kita jumpe adalah gusi berdarah n najis berwarna hitam(Bercampur darah)....jd cepat2lah berobat dan sebenarnya xdak ubat selain minum yang banyak....

Anonymous said...

terima kasih buat dr Naufal atas keterangannya. terharu walau bukan saya yang pesakit :D nasihat + keterangan yang sangat bermanfaat, insya Allah. terima kasih ;)

Anonymous said...

terima kasih atas nasihat yang sungguh berguna...

alangkah baiknya kalau kata 'cebuk' tu di tukar ke 'cuci tempat keluar najis/kotoran'

Sempena kempen "berbudi bahasa amalan mulia". =)