Entri Terkini »

01/03/2009

PKPMI-CM di RS Siti Hajar

MEDAN BARU: Petang 27 Februari 2009, seorang ahli persatuan ambilan tahun 2008 Fakulti Pergigian Universiti Sumatera Utara (FKGUSU) telah dimasukkan ke wad Hospital Siti Hajar akibat alergi terhadap ubat. Kejadian ini mendapat perhatian Biro Kebajikan dan Kebudayaan dan Ahli Majlis Tertinggi PKPMI-CM untuk turun padang melihat kondisi pelajar tersebut.

Dari kiri; Ahmad Aizatnur (TYDP PKPMI-CM), Amsyar b Mohammad (YDP PKPMI-CM), Asyraf b Zulkefli (Ketua BADAR) dan Ust. Mohd Ridzuan b Yahya (Setiausaha PKPMI-CM) mendengar keluhan ahli yang sakit di Hospital Siti Hajar.

Menurut yang dikeluhkan oleh ahli berkenaan, perubahan dirasakan pada bahagian wajahnya yang tiba-tiba menjadi bengkak kemerah-merahan setelah menelan ubat demam yang diberikan oleh Poliklinik USU.

Pihak PKPMI-CM dimaklumkan bahawa keadaan pelajar tersebut beransur pulih dan dibenarkan pulang pada keesokkan harinya. Kami berdoa agar adik Nabilah bt Abdul Karim sentiasa berada dalam keadaan sihat wal-afiat disamping nota-nota kuliah justeru menjadikan musibah ini sebagai suatu dorongan dalam meraih kecemerlangan dunia dan akhirat.

0 comments: