Entri Terkini »

09/06/2009

Tempahan: Rakaman Audio Siri Kuliah oleh Ust Shamsuri Ahmad

Assalamualaikum wrb..

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, setelah kita berjuang selama satu semester dalam menuntut ilmu Fardhu Kifayah, akhirnya, cuti semester yang kita tunggu-tunggu hampir tiba..

Dan alangkah baiknya jika kita cuti yang kita bakal tempuhi nanti kita, kita isi dengan mendengar rakaman kuliah-kuliah agama yang membahaskan tentang ilmu Farhu Ain pula di mana, setiap dari kita yang mengaku sebagai individu muslim wajib mempelajarinya.

Alhamdulillah.. Pihak BADAR PKPMI-CM telah berjaya mengumpulkan rakaman-rakaman kuliah agama yang disampaikan oleh al-Fadhil Datuk (Ustaz) Shamsuri Bin Ahmad, di mana beliau menggunakan Kitab Bahrul Mazi, Kitab Muhimmah fi Ilmil Hadith dan Tafsir Nurul Ihsan.

Untuk sahabat-sahabat yang berminat,
sila membuat tempahan melalui email: ibnu_zukefeli@yahoo.com (Asyraf).
Tiada sebarang bayaran dikenakan.


Di sini suka saya untuk memperkenalkan sedikit latar belakang penulis kitab Bahrul Mazi iaitu Syeikh Idris al-Marbawi.

Sheikh Al-Marbawi - Tokoh Persuratan Arab-Melayu

"Allahyarham Syeikh Mohd Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi adalah seorang ulamak besar yang tidak asing lagi bukan saja di Nusantara malahan di Mesir dan Makkah terutamanya dalam bidang Bahasa Arab, Ilmu Hadis, Tafsir dan Fiqah.

Beliau telah dilahirkan pada tahun 1893 dan secara tepatnya pada tahun 28 Zulkaedah 1313 Hijrah di Makkah. Setelah lama berada di Makkah, keluarganya mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia iaitu pada tahun 1913 bersamaan tahun 1333 Hijrah. Sekembalinya ke Tanah Melayu, Allahyarham Syeikh Mohd Idris al-Marbawi mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lubuk Merbau, Perak. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di beberapa buah sekolah pondok di Kuala Kangsar, Kedah, Bukit Mertajam dan Kelantan. Sejak dari kecil lagi, al-Marbawi telah menunjukkan kemampuan akademiknya yang memberangsangkan. Ketika berusia sepuluh tahun, beliau telah menamatkan pengajian hafalan al-Quran. Ketika berusia 10 tahun juga, beliau telah mampu menghafaz sebanyak 10 juzuk Al Quran di samping beberapa buah kitab lain.

Kecenderungan ilmiah yang tertambat kukuh dalam jiwanya telah mendorong beliau menuntut ilmu di pondok-pondok yang merupakan institusi pendidikan Islam yang terpenting di alam Melayu pada ketika itu. Antaranya Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Pondok Tuan Hussain Al-Masudi, di Kedah, Pondok Syeikh Ahmad Fatani di Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan.

Melihat kepada kemampuan akademik dan minatnya kepada ilmu Islam, ayahanda beliau mengesyorkannya agar menyambung pengajian ke timur tengah sama ada ke Mesir ataupun kembali semula ke Mekah. Lalu, pada tahun 1924, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau sempat bertugas sebagai guru agama di Perak sebelum menyambung pengajiannya ke Universiti al-Azhar.

Untuk membaca keterangan lanjut, bolehlah baca di sini.

Oleh: Ibnu Zukefeli

0 comments: