Entri Terkini »

10/06/2009

Tolong Sebarkan!!!

PEKELILING KESELAMATAN

PERHATIAN kepada seluruh MAHASISWA MALAYSIA!!!

Berikutan kejadian beberapa kes rompakan yang berlaku kepada mahasiswa Malaysia di Medan, maka PKPMI-CM membuat alternatif mengeluarkan pekeliling demi keselamatan dan keamanan seluruh mahasiswa Malaysia di Medan.

Pekeliling tersebut antara lain mengandungi:

a) Pelajar-pelajar Malaysia yang hendak ke mana-mana tempat baik di sekitar Medan mahupun di luar Medan supaya ditemani oleh kawan-kawan (sekurang-kurangnya 2 orang)

b) Pelajar-pelajar Malaysia tidak digalakkan keluar rumah setelah pukul 12 tengah malam. Jika terpaksa keluar atas urusan tertentu, jangan keluar bersendirian dan hendaklah ditemani sekurang-kurangnya 3 orang kawan.

c) Pelajar-pelajar Malaysia dinasihatkan supaya menyimpan barang-barang berharga di tempat yang selamat dan tidak membawanya ke mana-mana jika tdak ada keperluan.

d) Pelajar-pelajar Malaysia dinasihatkan supaya sentiasa memastikan rumah anda berkunci bagi mengelakkan terjadinya pencerobohan.

e) Jika anda mengalami atau melihat kejadian yang mencurigakan, sila berhubung terus ke konsulat Malaysia di talian 24 jam : +62614523992 / +62614529772

f) Setiap pelajar Malaysia bertanggungjawab ke atas keselamatan seluruh pelajar Malaysia di Medan ini tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama.  

Demikian pekeliling kami perbuatkan. Segala kerjasama dari seluruh pelajar Malaysia amat kami harapkan.

Yang benar,

AMSHAR MOHAMAD
YDP PKPMI-CM 2009


1 comments:

bukan orG MedaN said...

assalamualaikum..
saya bersetuju i dikeluarkan pekeliling oleh pihak PKPMI-CM. Moga ada tindakan oleh ahli2 selepas ini. Kejadian rompakan, ugutan, pecah masuk rumah dan byk lg kejadian yg tak diingini sering dilaporkan sejak akhir2 ni di kalangan pelajar m'sia. mungkin ini lanjutan balas isi M'sia-Indonesia dpd pihak2 yg tak btggjwb. tahniah kpd PKPMI-Cm kerana prihatin dgn masalah studen !!